Emas adalah ASET

Hanya orang celik EMAS dan HARTANAH, tahu kebaikan aset yang dibelinya hari ini pada masa akan datang. Orang yang mahu berjaya tidak akan melakukan sesuatu yang sia-sia.

Sunday, 4 May 2014

Dugaan (T_T)

Assalamualaikum .

Aku ni bagus sebenarnya , setiap kali pos entry . Salam tu wajib ada ! Haa , bukti aku bagus . Puji aku sekarang , haha . Over ko amma erkk ! Nak update sikit pasal , cuaca di Kulim . Sejak dua menjak dan bermenjak ni . Kulim tiap tiap hari disirami , dibasahi dan di 'cool'kan oleh rahmat Allah iaitu hujan . Ewahh , ayat ko amma oii . Angin kuat plak tu ! Sampai kenkadang , saja fefeeling macam citer hindustan tau . Lepas rambut , duk kat tangga belakang biar rambung terbang ke kiri ke kanan . Haha . Over kau amma ! Bagi aku , hujan ni kenkadang positif kenkadang tu negatif . Nak tahu kenapa ? Baca perenggan seterusnya !

Berarak mendung kelabuuu ! *ewah , nyanyi sikit .
gambar ni aku snap dari bilik aku .
*positif
Rasa tenang dan damai tu datang bertandang when aku mula serabut or mengada nak berfikir masalah dalam hubungan . Elehh , buat jiwang ko amma oii . Sape kesah kat kau hah ? Tak pun nak buat homework tu , berjalan lancar je dan tangan ni ringan nak buat keje . Tapi untuk hujan petang jela . Kalau hujan malam , macam nokharomm rasa malasnya . Ini semua kerja syitoonn niroojimm ! Hee . Aku ni jiwang gak sebenarnya erkk ? Bila hujan then rasa serabut . Duk tepi tingkap , tengok air hujan tu turun . Mengalir kat window bilik aku . Ewaahh , puitis betul hati aku nihh . Bila tengok air hujan tu mengalir kat tingkap tuu , rasa macam diri aku ni difahami . Sebab ada something yang turut mengalir when aku sedih . Aduss , amma ! Rasa nak sagat je muka ngko wehh . Ko mabuk ke ? Jiwang pelik je aku tengok . Kenkadang rasa bengok tu bertambah tambah , bila sengaja cari penyakit kat hati ni . Berfikir pasal orang yang selalu buat aku kecewa . 

*Negatif
Bila dah sejuk , rasa tu mula menggedik nak suruh aku tido . Eii , menyampah tau bila rasa tu coming ! Kenapa mesti rasa nak tido ? Tak rasa nak gi berenang ke , main bola sepak ke , main masak masak ke ! Aku tak suka rasa nak tido tu , sebab bagi aku tido tu membazirkan . Bila tido , mesti akan ada some part yang akan aku terlepas . Bukan sekali , but berkali kali . Aku ajar tido lewat ni dah lama . Thats y , aku susah nak tido start dari form 5 . Time tido aku tak tentu , sampai rasa nyesal pernah ajar diri ni tido lewat . Kenkadang , tido pukul 5 pagi . Bangun pukul 7 ? Haiihh . Rasa tak guna tak diri ni tau , bila tak nikmati rasa tido tu . 

*Bila story pasal hujan lebat plus angin kuat nih . Ingin guwa flashback sikit story lama !

3 years ago ~~

Pepagi hari Ahad yang cantik molek redup and so on (nak lebih lebih , tambah sendiri) . Aku ingin mempreparekan diri nak 'fly' to KL plus jemput Adam , so kene beli tiket kat stesen bas tu(naik bas dah la , taknak naik kapal terbang . Nanti kene hijack , mati aku ! Sesambil tu , pray for MH370) . So , aku pun dengan bangga nya . Capai kunci kereta , tekan alarm *twit twit , bukak the pintu , then pulas kunci ditempat sepatotnya . Aiyoo , satu satu kau explain kan ? haha . Eh eh eh , masa tu umur aku berape eh ? 15 tahun kan ? Dah reti bawak kereta oo . Dah first pegang stereng , aku pegang stereng lori masa form1 . Tipu sangatlah , kereta tak reti bawak kan ? *bangga kejap ! Haha . Riak kau amma !

Aku pun undur lah kereta dari park rumah aku tu . Tetengah drive tu , aku bukak lah radio volume 33 ! Bergegar speaker oo . Kalau papa Zamri tahu , masak telinga aku dibebelnya . Tapi masa tu dye tak ade , so ape lagi ? Kita enjoy ! Haha . Masa tu terdengar lagu Growl diputarkan . Rasa Heaven sebentar , even aku tak tahu maksudnya hape . Haha . Bongok berlipat lipat betol aku nih .

Sesampai kat stesen bas tu , aku tengok line hp guwa 'No service'. Alahai , cane nak contact Adam ? Haiyoo . Aku pun try call guna hp satu lagi . Damn ! Ni pun sama . No service jugak . Nak je aku pijak pijak hp ni tau . Tapi sayang sebab ni semua aku beli dengan duit sendiri . Punyalah try banyak kali , tapi tak dapat jugak . Rasa nak jerit je nama Adam kat situ tau . Dah la stesen bas tu besar gedabak ! Kat mana aku nak cari dia ? Lubang jamban ? Haihh , main main . Aku pun buat keputusan nak gi beli tiket aku dulu . after tu , pegy kat kereta balik .Disebabkan dah panas , so guwa buat keputusan nak start enjin kereta tu . Nak bukak aircond , nak hilang kan rasa panas ni sikit .

Lalu guwa pun pulas that kunci . Tapi ada bunyi berdehem sikit , ala ala batuk centukan . Oke , sekali lagi aku start . Tak hidup jugak , yang paling kejam . Tak bunyi apa pun ! Dah mati ke ? Woi , kau ingat orang ke ? Nak main mati mati ni ? Fuhh , berdebar kejap . Aku pun rilek kejap , selawat bebanyak . Then pulas lagi . Alamak , tak boleh jugak . Dengan radio radio pun bisu . Aii , main merajuk plak dgan aku . Haihhh ! Peluh dah lelaju turun merangkak kat dahi guwa . Panas ko tahu tak ? Panas dye tu lain macam je . Plus berdebar mybe . Rasa nak tampar je peluh ni , kenapa mesti masa ni nak kacau aku ? Aku tengok hp , still No Service . Aku tengok balance hp satu lagi . 6 sen ? Whoaa ! Rasa nak tembak je kepala sendiri masa tu tau . Tak guna betul , dah la aku tak mahir sangat stesen bas Kuala Terengganu ni . Ya Allah , ampun lah dosa hamba mu ini . Dalam otak aku , tak lain tak bukan . Ni mesti kerja battery ni ! Sebelum ni , kalau ada 6 sen aku marah sangat sangat diri aku ni . Sebab terlintas nak check . Tapi hari tu , aku rasa 6 sen tu . Macam anak aku tau ! Punya lah sayang . Kalau salah guna , memang died aku kat situ .

Berbekalkan 6 sen tu , guwa text lah guwa punya kakak . Suruh call aku balik . Dia pun call !

''ye , nak ape ?''

''wehh call papa , bagitau kereta rosak''

konghaja ! *dia gelak tanpa henti

''woi , nak kene tampar ke ?''

''ye ye , jap aku call !''

Lepas tu dia pun letak , tetibe aku tengok dia share kredit RM3 . Masa tu , rasa tak guna ada kakak . Aku suruh dia call , dia suruh aku plak yang call . Konghaja yang amat kau tahu tak ? Berbekalkan RM3.06 , aku pun call puan Mama . Nak jadikan cerita sedih . Aku call mama beribu riban , dia tak angkat . Huaa , lagi seksa rasa dia dari aku panas tadi . Sebab ni , hati naik panas sekali . Aku pun try call Adam , damn ! still No Service . Tadi masa aku tengah berangan kat rumah , tak nak plak repair awal awal . Masa ceni lah baru nak repair nye . Aku telan jugak Maxis ni kang .

Takpe , dalam otak . Papa Zamri ada ! Lalu aku biarkan jari aku menari ats keypad untuk call papa . And guess what ? Papa reject call ! Arhhhhh . Rasa nak je relakan diri ni berdiri depan bas . Kasi bas lanyak ! Huuaa . Tetiba sampai text ''Papa ada customer , jap lagi papa call balik'' . Aku pun keluar pegy duduk atas divider , pasrah , redha . Tak tahu dah nak buat ape . Rasa nak karang novel je ! Punya lah sedih cerita aku nih . Aku bangun , check bahagian depan tu . Ketuk ketuk sikit , mane tahu kot ada something longgarkan ? Nak dijadikan cerita lagi . Hujan start turun ! Bertitik atas otak aku ni haa . Dugaan apakah ini Ya Allah ? Bergelimpangan aku lari masuk dalam kereta . Dengan angin kuat nya , sampai bergoyang kereta ni haa . Dah la aku park kereta sebelah projek bangunan . Sesilap masa tu , bangunan tu roboh ? Huaa , engak sanggup guwe !

Aku pun toleh tepi , nampak si Adam tu . Berlari keluar pergi kat dia tau . Rasa nak pergi peluk then nangis kat bahu dia . Tapi aku masih waras lagi . Dah macam filem hindustan berdiri tengah hujan sambil cerita ape jadi . Tengah story kat Adam , barulah bertalu talu papa dgn mama call . Rasa nak lari jauh dari dorang , punya lah merajuk . Elehh , mengada lebih . Masa aku free free tadi tak nak call . Huhh ! Aku angkat call papa je , then ngadu sikit . Papa pun cakap nanti dia call mechanic suruh datang repair . Huhh , sedih tau . Aku dengan Adam lepak dalam kereta sambil tunggu mechanic datang . 

After repair tu , abang tu cakap . Baterry dah habes sangat sangat ! Macam tipu plak dia cakap sangat sangat tuu . First time tau jadi ceni ! Berdebar sakan ! Lepas ni , nak amek part time kat workshop ahh . Biar tahu sikit ape nak buat bila jadi something . haha . End story .

note : Nak keluar rumah tu , prepare siap siap ye . Jangan jadi macam aku .

Saturday, 4 January 2014

Birthday , New Year , Welcome :)

Assalamualaikum .

Hello , holla , helli , haluuu . Hee , hepi kau ! Lama gilee guwa tak masuk ke alam blogger ni . Nak tahu kenape ? Sibuk sikit ! Student life kate ngko !! haha . 

Haaa , first of all . Guwa nak korang ucap hepy befday kat guwa ! Befday guwa 18/December . Even dah lepas , ko tetap kene ucap . Hah ! Tak pandai nak ucap ? Meh guwa ajar , lu just baca .Tarik nafas dalam dalam and say .

'' Hai cute + comel ! Selamat ulang tahun yang ke-18 , sori lambat ! U lama tak update entry , so i tataw la befday u . Anyway , i doakan u di panjangkan umur , sihat selalu , hidup diberkati Allah , di dunia mahupun di akhirat . May Allah protect and bless u where ever you go . Aminn ! Comel kat muka tu mohon kekalkan oke ? Melting dah tengok . ''

Ohh May Allah ! Thanks dear , sudi lagi wish kat aku . Haha . Aku hargai sangat ! Aku harap , korang pun macam tu jugak ! Hehe . Jadi tak taktik guwa , nak suruh korang ucap ! Kau jangan nak memandai skip ayat berwarna purple itu , oke ? Guwa ni , tak boleh kalau orang tak wish befday guwa . Rasa nak hempuk hempuk je kepala dia dengan laptop !

Second , guwa nak ucap terimas dekat kawan kawan aku yang sudi wish befday aku , dalam facebook , twitter , wechat , whatsapp and so on lahh . Yang paling aku hargai , orang wish befday aku depan ! Rasa macam nak pegi peluk cium pun ade . kah kah kah ! Over action plak aku nih . hee ! Lepas tuu , tahun ni guwa dapat banyak hadiah . Wahh , terharu gile ! Rasa nak gile pun hadoo ! Hehe .



oke , caption untuk kek nih adalah :-
first , guwa nak say thanks giler dekat roommate guwa yang cool lagi ohsemm . 
sebabnya , sudi surprise kan malam guwa dengan kek nih . Even guwa dah spoilkan mood dorg !
Malam 17 dec tu , guwa lari dari bilik , takut kena tepung ! Dorang nih , panggil guwa dah mcam 
tarzan ! sebab guwa taknak balik bilik , sampaikan lilin yang dorang nyalakan dah menitik mcm 
air mata dorang ! Jahat aku kan , buat kawan kawan macam tuh . Guwa pun , dengan rasa simpati 
masuk dalam bilik , cincang kek tuhh ! (potong lah maksudnye) . Zatil pun buat buang tabiat dia , 
nak suapkan guwa ! Aku ni tak boleh sikit bab2 suap nihh ! Segan !! Nak boleh bukak mulut ,
tunggu la 5 minit baru ada respon ! haha . Masa guwa bukak mulut tuh , dia bukan suap kat 
mulut ! tapi tak pipi guwa . Aku dah target , ini akan jadi . Fuhh , siakk je !
Lepas tuhh , start la babak kejar kejar dengan kek di tangan . Ape pun , terimas !

Oke , cukup untuk caption kek ! Tapi tak habes lagi cerita untuk befday guwa . haha . Kalau blogger ni , aku boleh hold to talk macam wechat . Aku nak story sampai kau pekak ! Hahaha . Nak cakap best nya befday guwa tahun nih . Ni nak story pasal hadiah plak ! 
  1. aku dapat teddy bear besar from my ex !
  2. aku dapat teddy bear cute from Niza .
  3. aku dapat sweater and shirt from Zatil .
  4. aku dapat tudung from Mira .
  5. aku dapat dua buku 'berfaedah' from Faiz .
  6. aku dapat dua bear minion , from ? Ntah , hadiah tu misteri . Tetiba ada atas katil !
Haa , see ! Byk kn ? Harta aku just , dua teddy bear pink dengan koko , dua minion comel ,
tudung , shirt and sweater aku letak dalam locker . Malas nak ambil , nak tengok dtg sini . Haha .



 Haa ,ni lah buku 'berfaedah' yang faiz kasi . Tapi agak lewat la dia kasi , on 28/12/13
sedangkan befday guwa 18/12/13 . 11 hari kot lewat nyee .
 Eii , hangin je kan kasi lewat lewat ni .
Haa , ko tunggu la befday ko plak . Lagi lewat aku nak kasi .


Sampai sini je story my befday ! Now nak sambung story tahun baru . Dear alls , Happy New Year oke . Tapi ni for bangsa bangsa yang sambut jee . Aku tak sambut ! Bagi aku tahun baru untuk Umat Islam adalah bila tibanya 1 Muharram . Masa tu , baru betul nak cipta azam . Ni tak , asal tiba 1 Jan . Semua kalut dengan azam ! Ehh , ape nih ? Azam guwa ape ? Kau tak perlu tahu , bila aku dah capai . Baru aku share dengan kau ! Faham ? Sudah sudah , jangan paksa aku . Aku cabut hidung kang , kasi ikan dalam kolam makan . hehe .

Oke , yang ni plak ! Guwa nak ucap Terima Kaseh dekat orang baru yang sudi datang dalam hidup guwa . Boleh teman hari hari guwa dengan usikan dia tuhh . Sumpah guwa bahagia dengan kehadiran dia . Tapi guwa tak berharap sangat ! Sebab i'm second . So , mcm berat sikit laa nak 'berharap' tuu . Perit jugak la nak terima keadaan yang aku ni second . Tapi hati dah sayangkan ? Kenkadang terfikir, guwa lebih harapkan jodoh Puan Sal dan Encik Zamri . Nak kawen , kena ada restu Mama Papa kan ? Senang senang , kawen dengan jodoh dorang pilih jee . Kann ? Takpe laa , ada jodoh tak kemana . Takde ? Just redha , sebab perginya dia , Allah nak gantikan yang lebih terbaik .

Note : Seperti yang aku pernah story dalam entry aku sebelum nih . Kalau kita minat someone tuhh , jangan bagitahu . Biar dia sedar sendiri ,tapi kalau dia tak sedar jugak . Elok kau bomb je dye . Sekian bebelan aku untuk kali ni .

Saturday, 30 November 2013

LIT LAT

Assalamualaikum ,

Last month , si Puan Mama roger guwa suruh balik kampung sebab my grandma buat kenduri kendara sikit . reason ? Dia nak 'naik rumah' . kau faham tak ? mesti tak kan , sebab aku tak explain . 'naik rumah' ni ibarat kata , kau beli rumah then nak rasmikan rumah tuu . so , si nenek aku ni jemput la jemaah kat surau sebelah  plus jejiran tetangga dan tetingkap . Over word plak aku kan ? haha . tak kelakar oke !

Oke , malam tu after Maghrib mendarat la aku di bumi Terengganu kat rumah grandma aku tuhh . Nak dijadikan cerita la kan . Sesampai je aku depan pintu tuh , kazen guwa si Haikal Arif ni datang serang , dah macam aku ni Angelina Jolie nak mintak sign , haha , dan !! dengan bahagia dan takde masalahnya terus rentap aku punya sluupee yang aku beli masa kat stesen bas . haha , kemain ko stesen bas buruk pun ada 7e . Kalau kau tengok , dah ala-ala blok Highland Tower dah . huahua . err , aku yang story ni pun dah seramm . hee :D Tapi yang pasti muka aku memang iras iras Angelina Jolie . Muktamad ! kau jangan nak nafikan oke , pantang aku lau orang bangkang ! hahaha .

Lepas aku masuk rumah , aku terus serbu bilik yang dah memang tersedia untuk anak cucu kalau balik kampung tuhh . senang kata , rumah baru tu banyak bilik . memang nenek aku sengaja mintak macam tuh . maklum la anak dia ramai , cucu apetah lagi kan . hee :D lepas letak beg , mandi dan solat . aku terus lepak kat hall rumah tuh , duduk ala gaya tuan rumah . nyaris tak tertidur atas sofa yang nenek guwa order dari Australia . fuhh , rumah baru la katakan . perobot pun kena baru , tapi sofa tu auntie aku yang hadiahkan . auntie aku kaya sangat , kat rumah tidur atas duit mybe . huahua . company dia dah merata rata ! camna la otak diakan ?

Haaa ! tengah asyik dan syok guwa mendarat tuu . Kazen aku yang kecik si Haikal tu datang lagi . Tapi kali ni dengan surprise sebab dia ada sebut one word ! ayat dia camni :-

"auntie ma , 'lit lat' , eiiii"

aku dengan selamba , cakap la kat dia . ''auntie takde coklat laa . tak ingat la beli tadi . esok kite keluar beli oke ?'' dia gelak , then blah . dalam hati aku , dah memacam dah kutuk budak ni . aku ajak beli esok , dia gelak . bukannya nak seronok ke hape . jangan-jangan budak ni tak betul takk ? haa , mati la kalau betul . kena rawat secepat mungkin nih . hehehe . takde laa , saje je acah ayat .

sekitar pukul 8.30 nenek guwa panggil untuk makan , dinner la katekan . choyy , duk hostel tak terjaga langsung makan minum aku . ada sape sunggup nak jaga makan minum aku ? haha . dah merapu aku nih . masa kat meja makan , again Haikal datang cakap and tunjuk :-

"auntie ma , 'ada lit lat' , eiii , takut "

Dan masa tu jugak , dia hala kan tangan dekat aku . Tapi bukan tepat pada diri aku yang baru nak duduk atas kerusi nih , tapi belakang aku . ishh , aku hempuk jugak budak ni dengan kerusi nanti kang ! Dah tetiba cakap takut . Mintak coklat pun , takut kee ? aku pun dengan dahi berkerut , dah ala ala nenek kebayan . terus berfikir pasal "lit lat" yang dia cakap tadi tuu . makan pun dah tak berapa nak laju . Biasanya , aku la yang paling seronok bila dapat makan lauk peberet food aku . lauk tu secret , nanti kau minat jugak . hahaha . jahat nau ! kau jangan tiru sifat good good aku ni . aku kapit kepala dengan lap top aku nih kang !

After makan , aku stay lagi dekat meja makan dengan akak aku berteman lap top sebijik dan nescafe suam . aumm ! syokk woo . Terasa indahnya dunia ! hahaha . masa tu dah pukul 9.30 tak silap aku . hmm , abai jela psal jam tuhh . tak penting gak ! hee . DAN ! si kecik datang lagi , duk kat sebelah aku then cakap .

" auntie , buat ape tuu ? "
'' bukak facebook sayang , kenape ? ''
" uhh , takpe la auntie , Haikal nak gi kat ibu . dekat sebelah auntie ada lit lat , takut lah ''
'' Haikal , cuba cakap kat auntie 'lit lat' tu ape? ''

dia terus blah , langsung tak toleh .

Haram punya budak , dengar ayat dia . aku dengan akak aku saling tentang mata . terfikir , ape maksud Haikal tadi tuh . puas aku perah otak keringat aku , ingat balik story lama . kot kot aku yang sebut bende tuh kat dia . aku siap guna perkhidmatan Miss Google dengan text beberapa orang kawan aku . untuk tanya , ape itu 'lit lat'.

Lastly , aku mengalah jugak . tak dapat cari jawapan dia nih ! akak aku plak buat muka satu ringgit je , macam takde masalah dalam hidup dia . aku pun pegi kat dapur then terus cari nenek aku , then tanya buat julung kalinya pasal that word . aku dengan muka selamba badak , tanya laaaa :-

'' nekk , nek tahu tak nape Haikal sebut lit lat ? Dari tadi dia duk sebut . puas fikir dah , tak jugak ada text yang amma terima . ibarat msg yang amma hantar not sent . ''
" uhh , lit lat . tuu sebenarnya pontianak , ayah dia ajar , sebut pontianak tu 'lit lat' bila tengok cerita hantu . kalau dia degil , ayah dia usik la , cakap ada 'lit lat' ''

O . M  .  A ! ohh my Allah .
Benda yang haikal tunjuk tu hape , kat sebelah aku hape , kat mana 'dia' duduk sebenarnya ? pehal plak 'dia' nak follow aku ?


Damn ! masa tuu , aku rasa nak hempuk je nenek aku dengan pinggan mangkuk yang dekat sinki tu . tak pun lastik dengan guli kat tengah tengah kepala nenek aku . ehh , dengan enak dia kasi jawapan tuu . Jahanam punya budak , makna yang dia cakap 'lit lat' yang duk tepi aku kat meja makan tu P*NTI*NAK ? Shit man ! aku pun hape lagi . bisik dekat akak aku '' kau nak tahu ape bende 'lit lat' ? '' . akak aku dengan muka blur terus pusing kepala then angguk . aku pun cakap '' that word is pontianak , so kau pilih nak stay kat meja ni or lari masuk bilik ? '' aku dengan akak aku dah get ready nak chow ! count sampai three , aku pun berteraburan lari naik kat bilik .

Sampai dalam bilik terus kunci . dengan nafas naik turun . jantung dupdap dupdap ! tak berani nak pusing belakang . kang tak pepasal . 'lit lat' muncul ! mahu mati berdiri aku nanti . ehh , over plak . tak nak ahh ! kalau betul ada sekeliling aku masa tu , memang aku akan kepit kepala 'lit lat' tu sekali dengan kepala Haikal . akak aku dah berketar dalam selimut . dia tu , memang penakut ! haram betul , ingat nak backup aku ni . apa punya akak laa !

Aku capai tower , gi mandi dan solat Isyak . after solat , mintak doa panjang panjang sikit . mintak jauh benda yang bukan bukan tuu .

Malam tuu , aku tidur himpit himpit dengan akak aku . punya la berdebar dan takut tahap dewa . haha . kalau aku ada suami , then jadi benda macam ni . SUMPAH ! masa tidur aku nak dia peluk aku . jangan lepas aku even sikit ! eii , seram nau .

Note : lepas ni kalau aku dengar Haikal sebut bende pelik pelik lepas ni , memang aku akan kepit kepala dia dengan laptop tanpa soal !

Tuesday, 12 November 2013

What the date is today ?

Assalamualaikum . 

Haii , i'm back ! Haha . Ehh , Amalina kau jangan nak i'm back sangat . Takde org yang akan rindu kau kat sini . Fuhh ! Sob sob , sedih tau . Hee . Setelah lama membiarkan blog aku sepi . Kini aku kembali dengan entry yang baru . Bertitle 'what the date is today ? '

Di hari Selasa yang cool lagi gempak nih , guwa telah mendapat ilham yang tak berapa good untuk membiarkan jari guwa menaip cerpen ngokss ini . Huahua ! Tak pyah nak cerpen la sangat Amalina oii . Blog kau nih , bukan ramai followers . Yang kengkawan pun minat membaca sahaja . Nak follow , takde acc katenyee . Hmm , lalu guwa mengabaikan kata kata mereka . Lalu guwa gagahkan jari untuk terus berdancing on my keypad . Ehh , kau perasan tak yang guwa dah tersasar dari topik yang sebenar ! Kau pun tak ingatkan aku , ape dahh ? 

First at all , guwa nak story why guwa dapat idea nak menentrykan topik ini . Oke , bermulalah kisah dongeng untuk hari ini . Tadi dalam kelas , subjek interculture . Madam Azliza , telah memberi assigment bertopikkan 'mitos and legend' . Guwa dengan rajinnya , menarik sehelai kertas . Lalu coretkan day and date today . Masa tengah tulis date tu lahh , guwa rasa macam something jee . Sebab gua tulis dengan penuh . Like this -> 12/november/2013 . Haa ! So , guwa simpulkan balik tarikh tuu . Terlahirlah date yang tercantik , 12/11/13 . Even tak ikut urutan yang sepatutnya , tapi terserlah disitu . Satu keunikan yang amat nyata . Kuasa Allah is the best kan ? Say apa anak anak ? Say Alhamdulillah . Ingat yaa , kita sebagai umat Islam seharusnya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk menghidup udara yang hanya pinjaman semata mata . Haha , ewahh ! Aku bab nasihatkan orang memang terbaik ahh . Hee . 

Anyway , dalam tahun ni adalah tahun yang last kita jumpa tarikh yang cantik . Example , 11/12/13 yang akan datang nii . Tahun depan dah tak boleh kan ? Tapi lau ada tarikh cantik lepas nii , kau sematkan dalam otak oke ? Kalau kau nak tahu , aku selalu impikan nak kawen masa date yang cantik . Hehe . Jauh berangankan ? Haha . Berangan je kot . Bukan betol , hee . Kalau aku nak kawen , dengan sapa laa kan ? Hah ! Kau jangan nak target aku nak kawen dengan entry yang aku sebelom nih oke ? Kisah guwa dengan dia dah tamat . Dah jumpa penghujung . Sad story ! Sob sob 
 hee . 

Dah la , sampai sini je kot ! Guwa dah tak tahu nak bebel ape . Dah kering Idea dh nii , ke kau ada idea lagi nak di sedekahkan ? Just email oke ? Nanti guwa coretkan , oke sayang ? Hee .

Note : ingat tarikh yang penting dalam hidup kau . Nak nak orang yang kapel . Lebih lebih lagi orang laki . Perempuan akan bahagia bila pakwe dye , ingat tarikh penting . Taw ?

Tuesday, 1 October 2013

Selamat Jalan Sept , Assalamualaikum Okt =D

Assalamualaikum .

Di hari Selasa yang mulia lagi indah , aku telah terfikir untuk post entry yang tak seberapa bagus nih . *tak lawak pun lah . Justeru itu , aku gagahkan diri untuk menaip dan membiarkan jari jemariku ini menari nari di atas papan board ini . Waduh, waduh, waduh . Sungguh puitis yaa , ayat gue . *ehh , elok elok mak aku lahir aku anak Malaysia . Nak cakap indon plak . Kau jangan report plak , kang tak pepasal orang cakap aku pati . Aku ade I/C laa -_-''

Oke , sudah dengan bebelan aku tuh . Dengan ayat novel bebagai tuhh , justeru lah , menari nari lah . Aku nih kene sampuk dengan hantu novel ke hape ? *Migrain aku memikirkan nya . 

First at all , aku nak ucap Selamat Datang dekat si En. Oktober tuhh . Tambahan pula , aku ingin mengucap syukur ke hadrat Ilahi sebab masih diberi kesempatan untuk berpijak di dunia yang hanya pinjaman semata mata ini . *Hamboii , teruk nau kata kata puitis aku nih . Ape lah nak jadi dengan aku nihh ? *Jadi orang laa . Tak kan haiwan kot ! Kau jangan sesedap je mengata aku . Aku bomm mulut tu kang . *Tipu jee , ingat aku jahat sangat ke ? Aku nih , dah la comel + cantik . Haha . Tak caye ? Tengok gambar sebelah kanan please :P Haha . Jangan nak nafikan oke ?

Fuhh , puas sudah aku mencarut + mukadimah kat atas tuh . Now , kita start sesi pengenalan plak . Haha . Punya la panjangkan ? Baru mukadimah rupenya . Haha . *Jangan gelak sangat . Tak lawak pun . Simpan je gelak kau tuhh sensorang . Jangan duk share kat entry aku yang cantik macam empunya nih  :P Kau tengok , tak habis lagi aku punya mukadimah . Sabar yee , biasa la manusia tak lepas dari melakukan kesilapan . Haha . *aku nih dah tahu , buat lagi . Hissh , teruk nau . 

Begini cerita sebenarnya , penutupan Si Minah Sept dengan pembukaan Si En. Okt buat aku menangis :'( Nak tahu sebab ape ? Gaduh dengan *kecik saya la . Sedih w0oo ! *huh ! amma , kau jangan nak over sangat . Dia bukan ingat kau pun . Tuihh ! Hmm , terasa nak wake up dari mimpi . Tapi kalau aku wake up , memang aku akan lupa dia 100% . Macam aku gtaw dlm entry aku sebelum nih . *perempuan kalau dia dah wake up , bayang kau pun dia pijak pijak jee . Haha . Tapi aku nih , kenkadang senget jugak . Mulut je cakap nak lupakan . Hakikatnya , always tunggu dia text , call dan sewaktu dengannya . Hmm , putus harapan . *jangan nak putus harapan sangat . Ramai lagi yang boleh ceriakan aku Amalina oiii .

Aku nih sebenarnya ,  senang jugak nak lupakan sensorang tuhh . Janji aku nak ada orang yang selalu ceria kan aku , buat aku ketawa . Haaa , masa tuhh . Sumpah aku tak ingat dah orang lain . Just dia jee . Wahh , jenjiwang plak aku nihh . Hmm , kenkadang bila aku dengar lagu Dejavu by Shila Amzah tuu . Macam kena atas batang hidung aku sendiri plak . Nak kat orang , tapi terpaksa lupakan . Sebab tak dapat respond good2 gituu . Cerr kau try dengar . Kalau terkena jugak dekat kau , kira nasib la tuhh . Wkakaka *Ehh , gelak stail ape aku nihh ? Hmm , dah la ! Mengarut semua tuhh .

Sudah sudah sudah , dari aku terus mencarut yang ntah ape ape tuh . Baik aku stop sampai sini je entry aku . See kau next entry plak ye . Sayang kau !! Eh , bukan kau . Makhluk belakang kau tuhh . Hahaha . *Jahat nau aku nih . Haa , kau jangan nak ikut perangai senget aku nih . Aku cepuk kang ! 

Note : Kalau dia dah tak sayang , tak suka . Lepas je dia oke ? Jangan kasi muka sangat . Kalau nak kasi jugak , kasi kaki je . Pastikan , kaki tuh yang tak pernah basuh ;)

Monday, 16 September 2013

Tunang =D

Assalamualaikum bakal jenazah semua :P

Kasar giler aku kan ? Awal-awal dah bagi kau bara ! Haha . Relax la kan , itu fakta . Aku bukan kencing korang pon . Aku kan baik ! Sape tak kenal Amalina yang baik nihh . Haha . *Perasan betul . 

Mesti banyak soalan yang berfikir difikiran kau kan ? Kenapa tajuk entry aku kali nih berkaitan dengan TUNANG ! Haha . Actually aku nak gelak sebenarnya , bila aku nak bahas tajuk nih . Tapi bila aku tak luah , rasa macam tak tenang . Ibarat nak buang air besar . Tahan rasa nak lepas . Bila lepas , ahh ! Lega ! Hahaha . Weii , jangan nak jijik laa . Macam kau tak buang air besar kan ?

Oke , pertama aku nak share . Why topik kali ni pasal tunang . Actually , sekarang aku minat kat sorang mamat nihh . Kenal dah lama kot , since December 2011 . Pstu kawan punya kawan , kami pun lost contact masa aku masuk PLKN . Habis PLKN plak , aku memang dah tak ingat pasal dia . 

Tetiba , esok kan nak puasa dalam tahun ni . Aku tergerak hati nak baca balik conversation dalam Facebook yang lepas-lepas . Last-last ternampak chat aku dengan dia . Haa , masa tuu . Rindu kat dia datang menghantui aku . Haha . *kau jangan takut boleh tak ? . 

Aku pun ape lagi , susun ayat la . Nak wish Selamat Berpuasa la katakan . Cehh , aku ni tetiba buat caring . Haha . Aku pun wish laa , then tanya dia still ingat aku ke tak . Tup tup , dia cakap dia ingat . Waduh, waduh , waduh ! Green light nampak gayanya . Haha . Kau hadoo ?

Masa bulan 8 kan , aku dah masuk UniKL MSI . Masa tuh tengah falling in love kott ! Hishh , nak luah aku nih malu . Tapi aku syak macam dia tahu jee . Arhh ! Lantak laa . Janji betul yang aku minat dia . Haha . Aku rapat punya rapat , last-last bertukar number phone . Hihihi . Agak gembira ! Rasa macam nak terloncat-loncat pun ade . Keh keh ! Yang lagi syok , family dia ada jugak dekat Terengganu . Wahh , fefiling happy la aku nih .

Kami selalu jugak calling calling nihh . Kenkadang aku nihh frust jugak . Dia lambat reply text aku . Tapi terpaksa faham laa , dia tu budak matrik . Budak pandai ngko !! Haha . Tapi bila dah rasa rindu . Terasa jugak nak calling calling . Bila aku call ! Eh eh , voicemail plak . Eii , rasa nak belangkong jee phone aku nih atas kepala dia .

Sampai la satu malam tuu , malam semalam laa . Tengah OTP , berlaku la babak luah perasaan . Haha . Agak sedikit lawak la . Masing-masing ego ! Tak nak luahkan betul-betul . Haha .Tetibe kann , dia tanya . Tak pasti bergurau tau serius . Tapi jawapan aku serius ! Oke , soalan nya berbunyi . 


' U tak nak kawin dengan i ke ?
' Ehh , sape cakap ? Mesti la nak '
' Yeke ? '
' Yelaa , u nak taw tak ? '
' Ape ? '
' Ustaz Azhar cakapkan , kalau kita luahkan nak kawin dgn pompuan tuh kan . Pstu pompuan tu cakap 'Ya' . Dah dikira tunang taw . Tapi dalam Islam jela .'
' Haa , kira kita dah tunang la '
' Ntah , mungkin la '
' Yela , kita dah tunang la '

Dari perbualan tuhh la , aku dah mempunyai tunang dalam Islam . Keh keh keh ! Haha . Ingat senang ke nak dapat tunang ? Haha . Excited terlebih plak aku kan ? Haha . Takpe laa , biasa la . First time kott :P 



Tapi kan macam tak best plak , dia jarang ada dengan aku . Hmm , takpe la amalina . Think positive laa . Dia ada life dia sendiri kan ? Aku tak boleh nak paksa dia . Dia bukan hak aku lagi . Oke , actually ! Tengah sedih nih . Tapi kan , ade something yang aku takut . Bukan takut hantu . Tapi takut terpisah ! Maklum laa , kami dua-dua anak last . Kenkadang anak last dengan anak last , tak serasi . Eii , acaner haa ? Boleh share kau punya opinion tak ? 

Err , aku ni plak dah lama tak buka kan hati aku untuk lelaki . Tapi bila dah terbuka tuh , tahap kerisauan tu menjadi-jadi . haiyaa ! Takpe la , sampai disini saje oke ? 

Note : Bila kita sayang orang tanpa bagitahu . Lama-lama , sayang tu akan terbalas :D

Sunday, 8 September 2013

Senior ^_^

Assalamualaikum .

Hai kengkorang ! Amalina cikibom cikiom disini :P . Apabila menjelangnya malam , perasaan bosan mula menghantui diri . Laluku mula coretkan ini entry , haha ( tak lawak kan? )

Oke , mulakan dengan bismillah . Story nya bermula macam ni . Semalam , masa aku nak naik bas dari Terengganu untuk balik kat Kulim,Kedah .

*Flashback

Masa tuu , jam dah merangkak pukul 6.00pm . Aku pun siap siap nak chow dari rumah , nak balik UniKL MSI ni . Dalam kereta tu , aku bersms lah dengan kengkawan aku . Ucap selamat jalan dan berterima kaseh atas persahabatan yang dihulurkan .



Terima kasih kengkawan , raikan kepulangan aku #Amira #Syeikh #Nazerul

Lepas sampai dekat station bus tuu , aku terus merangkak ke kaunter ( cuba bayang aku tengah merangkak ) Haha . Sudah !! Aku pergi kat kaunter sebab nak tanya .

''Bang , bas for Kulim dah sampai ke belum ?" 
Err, ntah la dik . Adik try pergi cari bas yang ada tulis T-5 / T-6
"Laa , abg pun tak tahu ?"
Tak !
"Okay la ye"

Dengar ayat last tuu , rasa nak sepak je oink oink dia . Hish , teruk nau buat kerja . Customer plak yang kena cari sendiri . Gampangnya buat kerja ! Ciss ! Aku dengan muka blurr nya , pergi la cari bas mistik tuu . Dah la hujan ! Kau bayang kan , dengan sesak kereta , manusia berpusu-pusu . Hish ! Mati kena pijak jugak aku nanti . Hehehe .  Cari punya cari , finally aku jumpa jugak . Lepas tu , cepat-cepat get semua beg aku . Masa nak lintas jalan tuu . Eiiiikkkk ! ( bunyi brek kereta ) Nasib aku tak , kedebuk !! Kalau tak , memang takde la entry ni malam ni kan ? Aku plak buat muka bodoh je , nak cepat la kata kan . Tak nak kena tinggal kau tau tak ? 

Lepas sumbat aku punya beg , sesalam dengan my papa + my mama , kissing-kissing sikit . Mintak duit seposen ! ( tipu jee , lebih sebenarnya ) Aku terus ditelan oleh perut bas yang berpetak tuu . Lepas tu , apa lagi . Cari aku punya seat laa . Dah jumpa , kompom aku pilih tepi tingkap . Keh keh ! Sapa lambat , duk tepi aku . Nasib kau la yee !

Aku pun mendarat lah aku punya bontot atas seat yang tak berapa nak empuk tuu ( bayar mahal , seat keras ! ) . After 15 minit , datang la seorang pemuda sewel . Sengih-sengih macam kerang WANGI , duk tepi aku . *Dalam hati "alamak ! Ape ke hee , jantan plak duk kat tepi aku nii ? Nak tukar seat , nampak sangat aku jahat kan ? ( sedangkan , aku baik orang nya :P ) 

8 hours aku dalam bas dengan dia , aku langsung tak tegur dia . Tengok muka apatah lagi kan ? Dia plak siap mengigau lagi ! Haa , bebesar pun still ngigau . Kau pernah tak ? Senyap punya senyap , sampailah ke destinasi yang dituju . Aku pun turun laa , ambil segala harta karun dalam perut bas tuu . Kejap tu , ada pakcik sapa kita orang .

''Nak kemana dik?"
"UniKL MSI" (Serentak)
"Naik sekali lah ye,baru murah sikit"

Kita orang pun saling berpandangan . Nak gelak pun ada ! Haha , dalam bas duk tepi tepi . Tapi buat sombong ! Jahat jugak aku ni . keh keh ! Masuk dalam teksi , bermula la dialog . Laki tu start dulu taw .
"Asal mana ?"
"Dungun"
"Tadi naik kat KT kan ?"
"A'a"
"Msi , ambik kos ape?"
"PET"
"Ohh, sem brpe?"
"Sem 1, awak?"
"Sem 2"

Aku ni jawab acuh tak acuh je , sebab malu sangat ! Tu laa , upahnya kalau sombong sangat . Rupa-rupanya , si abam senior . Malu gila babeng ni ! Rasa nak gunting muka ni , tampal kat pintu teksi ! hehe . Sampai je kat UniKL , dia suruh pakcik tu stopped kat block dia . Dia bayar duit , angkut beg then terus keluar . Just senyuman je sedekah kat aku nii . Ahhh , lantak dia la kan ? Nak senyum ke , jelir ke , menangis ke . Dia bukan kacau aku kan ? Pakcik tu pun terus memecut 180 k/j . Hahaha . ( kau bayangkan ! Haha , tipu je ) . Nak turun tuu , aku pun hulur la not rm5 . Pak cik tu pun bagitau , yang lelaki tadi tuhh dah bayar rm10 . Pelik jugak , dalam hati aku ni tertanya-tanya . '' Tak nak duit baki ke dia ni? '' Hmm , kaya sangat kot . Ahh , lantak laa . Janji jimat duit aku kan ? Haha , teruk nau perangai aku . ( kau jangan nak tiru sikap aku yang teruk ni )

Note : Jangan sombong sangat taw , tegur seposen dua , lepas tu nak senyap pun dah okay . Lagi satu , rezeki jangan sesekali kau tolak :P