Aku ni bagus sebenarnya , setiap kali pos entry . Salam tu wajib ada ! Haa , bukti aku bagus . Puji aku sekarang , haha . Over ko amma erkk ! Nak update sikit pasal , cuaca di Kulim . Sejak dua menjak dan bermenjak ni . Kulim tiap tiap hari disirami , dibasahi dan di 'cool'kan oleh rahmat Allah iaitu hujan . Ewahh , ayat ko amma oii . Angin kuat plak tu ! Sampai kenkadang , saja fefeeling macam citer hindustan tau . Lepas rambut , duk kat tangga belakang biar rambung terbang ke kiri ke kanan . Haha . Over kau amma ! Bagi aku , hujan ni kenkadang positif kenkadang tu negatif . Nak tahu kenapa ? Baca perenggan seterusnya !
Berarak mendung kelabuuu ! *ewah , nyanyi sikit .
gambar ni aku snap dari bilik aku .
*positif
Rasa tenang dan damai tu datang bertandang when aku mula serabut or mengada nak berfikir masalah dalam hubungan . Elehh , buat jiwang ko amma oii . Sape kesah kat kau hah ? Tak pun nak buat homework tu , berjalan lancar je dan tangan ni ringan nak buat keje . Tapi untuk hujan petang jela . Kalau hujan malam , macam nokharomm rasa malasnya . Ini semua kerja syitoonn niroojimm ! Hee . Aku ni jiwang gak sebenarnya erkk ? Bila hujan then rasa serabut . Duk tepi tingkap , tengok air hujan tu turun . Mengalir kat window bilik aku . Ewaahh , puitis betul hati aku nihh . Bila tengok air hujan tu mengalir kat tingkap tuu , rasa macam diri aku ni difahami . Sebab ada something yang turut mengalir when aku sedih . Aduss , amma ! Rasa nak sagat je muka ngko wehh . Ko mabuk ke ? Jiwang pelik je aku tengok . Kenkadang rasa bengok tu bertambah tambah , bila sengaja cari penyakit kat hati ni . Berfikir pasal orang yang selalu buat aku kecewa .
*Negatif
Bila dah sejuk , rasa tu mula menggedik nak suruh aku tido . Eii , menyampah tau bila rasa tu coming ! Kenapa mesti rasa nak tido ? Tak rasa nak gi berenang ke , main bola sepak ke , main masak masak ke ! Aku tak suka rasa nak tido tu , sebab bagi aku tido tu membazirkan . Bila tido , mesti akan ada some part yang akan aku terlepas . Bukan sekali , but berkali kali . Aku ajar tido lewat ni dah lama . Thats y , aku susah nak tido start dari form 5 . Time tido aku tak tentu , sampai rasa nyesal pernah ajar diri ni tido lewat . Kenkadang , tido pukul 5 pagi . Bangun pukul 7 ? Haiihh . Rasa tak guna tak diri ni tau , bila tak nikmati rasa tido tu .
*Bila story pasal hujan lebat plus angin kuat nih . Ingin guwa flashback sikit story lama !
3 years ago ~~
Pepagi hari Ahad yang cantik molek redup and so on (nak lebih lebih , tambah sendiri) . Aku ingin mempreparekan diri nak 'fly' to KL plus jemput Adam , so kene beli tiket kat stesen bas tu(naik bas dah la , taknak naik kapal terbang . Nanti kene hijack , mati aku ! Sesambil tu , pray for MH370) . So , aku pun dengan bangga nya . Capai kunci kereta , tekan alarm *twit twit , bukak the pintu , then pulas kunci ditempat sepatotnya . Aiyoo , satu satu kau explain kan ? haha . Eh eh eh , masa tu umur aku berape eh ? 15 tahun kan ? Dah reti bawak kereta oo . Dah first pegang stereng , aku pegang stereng lori masa form1 . Tipu sangatlah , kereta tak reti bawak kan ? *bangga kejap ! Haha . Riak kau amma !
Aku pun undur lah kereta dari park rumah aku tu . Tetengah drive tu , aku bukak lah radio volume 33 ! Bergegar speaker oo . Kalau papa Zamri tahu , masak telinga aku dibebelnya . Tapi masa tu dye tak ade , so ape lagi ? Kita enjoy ! Haha . Masa tu terdengar lagu Growl diputarkan . Rasa Heaven sebentar , even aku tak tahu maksudnya hape . Haha . Bongok berlipat lipat betol aku nih .
Sesampai kat stesen bas tu , aku tengok line hp guwa 'No service'. Alahai , cane nak contact Adam ? Haiyoo . Aku pun try call guna hp satu lagi . Damn ! Ni pun sama . No service jugak . Nak je aku pijak pijak hp ni tau . Tapi sayang sebab ni semua aku beli dengan duit sendiri . Punyalah try banyak kali , tapi tak dapat jugak . Rasa nak jerit je nama Adam kat situ tau . Dah la stesen bas tu besar gedabak ! Kat mana aku nak cari dia ? Lubang jamban ? Haihh , main main . Aku pun buat keputusan nak gi beli tiket aku dulu . after tu , pegy kat kereta balik .Disebabkan dah panas , so guwa buat keputusan nak start enjin kereta tu . Nak bukak aircond , nak hilang kan rasa panas ni sikit .
Lalu guwa pun pulas that kunci . Tapi ada bunyi berdehem sikit , ala ala batuk centukan . Oke , sekali lagi aku start . Tak hidup jugak , yang paling kejam . Tak bunyi apa pun ! Dah mati ke ? Woi , kau ingat orang ke ? Nak main mati mati ni ? Fuhh , berdebar kejap . Aku pun rilek kejap , selawat bebanyak . Then pulas lagi . Alamak , tak boleh jugak . Dengan radio radio pun bisu . Aii , main merajuk plak dgan aku . Haihhh ! Peluh dah lelaju turun merangkak kat dahi guwa . Panas ko tahu tak ? Panas dye tu lain macam je . Plus berdebar mybe . Rasa nak tampar je peluh ni , kenapa mesti masa ni nak kacau aku ? Aku tengok hp , still No Service . Aku tengok balance hp satu lagi . 6 sen ? Whoaa ! Rasa nak tembak je kepala sendiri masa tu tau . Tak guna betul , dah la aku tak mahir sangat stesen bas Kuala Terengganu ni . Ya Allah , ampun lah dosa hamba mu ini . Dalam otak aku , tak lain tak bukan . Ni mesti kerja battery ni ! Sebelum ni , kalau ada 6 sen aku marah sangat sangat diri aku ni . Sebab terlintas nak check . Tapi hari tu , aku rasa 6 sen tu . Macam anak aku tau ! Punya lah sayang . Kalau salah guna , memang died aku kat situ .
Berbekalkan 6 sen tu , guwa text lah guwa punya kakak . Suruh call aku balik . Dia pun call !
''ye , nak ape ?''
''wehh call papa , bagitau kereta rosak''
konghaja ! *dia gelak tanpa henti
''woi , nak kene tampar ke ?''
''ye ye , jap aku call !''
Takpe , dalam otak . Papa Zamri ada ! Lalu aku biarkan jari aku menari ats keypad untuk call papa . And guess what ? Papa reject call ! Arhhhhh . Rasa nak je relakan diri ni berdiri depan bas . Kasi bas lanyak ! Huuaa . Tetiba sampai text ''Papa ada customer , jap lagi papa call balik'' . Aku pun keluar pegy duduk atas divider , pasrah , redha . Tak tahu dah nak buat ape . Rasa nak karang novel je ! Punya lah sedih cerita aku nih . Aku bangun , check bahagian depan tu . Ketuk ketuk sikit , mane tahu kot ada something longgarkan ? Nak dijadikan cerita lagi . Hujan start turun ! Bertitik atas otak aku ni haa . Dugaan apakah ini Ya Allah ? Bergelimpangan aku lari masuk dalam kereta . Dengan angin kuat nya , sampai bergoyang kereta ni haa . Dah la aku park kereta sebelah projek bangunan . Sesilap masa tu , bangunan tu roboh ? Huaa , engak sanggup guwe !
Aku pun toleh tepi , nampak si Adam tu . Berlari keluar pergi kat dia tau . Rasa nak pergi peluk then nangis kat bahu dia . Tapi aku masih waras lagi . Dah macam filem hindustan berdiri tengah hujan sambil cerita ape jadi . Tengah story kat Adam , barulah bertalu talu papa dgn mama call . Rasa nak lari jauh dari dorang , punya lah merajuk . Elehh , mengada lebih . Masa aku free free tadi tak nak call . Huhh ! Aku angkat call papa je , then ngadu sikit . Papa pun cakap nanti dia call mechanic suruh datang repair . Huhh , sedih tau . Aku dengan Adam lepak dalam kereta sambil tunggu mechanic datang .
After repair tu , abang tu cakap . Baterry dah habes sangat sangat ! Macam tipu plak dia cakap sangat sangat tuu . First time tau jadi ceni ! Berdebar sakan ! Lepas ni , nak amek part time kat workshop ahh . Biar tahu sikit ape nak buat bila jadi something . haha . End story .
note : Nak keluar rumah tu , prepare siap siap ye . Jangan jadi macam aku .
No comments:
Post a Comment