Emas adalah ASET

Hanya orang celik EMAS dan HARTANAH, tahu kebaikan aset yang dibelinya hari ini pada masa akan datang. Orang yang mahu berjaya tidak akan melakukan sesuatu yang sia-sia.

Monday, 16 September 2013

Tunang =D

Assalamualaikum bakal jenazah semua :P

Kasar giler aku kan ? Awal-awal dah bagi kau bara ! Haha . Relax la kan , itu fakta . Aku bukan kencing korang pon . Aku kan baik ! Sape tak kenal Amalina yang baik nihh . Haha . *Perasan betul . 

Mesti banyak soalan yang berfikir difikiran kau kan ? Kenapa tajuk entry aku kali nih berkaitan dengan TUNANG ! Haha . Actually aku nak gelak sebenarnya , bila aku nak bahas tajuk nih . Tapi bila aku tak luah , rasa macam tak tenang . Ibarat nak buang air besar . Tahan rasa nak lepas . Bila lepas , ahh ! Lega ! Hahaha . Weii , jangan nak jijik laa . Macam kau tak buang air besar kan ?

Oke , pertama aku nak share . Why topik kali ni pasal tunang . Actually , sekarang aku minat kat sorang mamat nihh . Kenal dah lama kot , since December 2011 . Pstu kawan punya kawan , kami pun lost contact masa aku masuk PLKN . Habis PLKN plak , aku memang dah tak ingat pasal dia . 

Tetiba , esok kan nak puasa dalam tahun ni . Aku tergerak hati nak baca balik conversation dalam Facebook yang lepas-lepas . Last-last ternampak chat aku dengan dia . Haa , masa tuu . Rindu kat dia datang menghantui aku . Haha . *kau jangan takut boleh tak ? . 

Aku pun ape lagi , susun ayat la . Nak wish Selamat Berpuasa la katakan . Cehh , aku ni tetiba buat caring . Haha . Aku pun wish laa , then tanya dia still ingat aku ke tak . Tup tup , dia cakap dia ingat . Waduh, waduh , waduh ! Green light nampak gayanya . Haha . Kau hadoo ?

Masa bulan 8 kan , aku dah masuk UniKL MSI . Masa tuh tengah falling in love kott ! Hishh , nak luah aku nih malu . Tapi aku syak macam dia tahu jee . Arhh ! Lantak laa . Janji betul yang aku minat dia . Haha . Aku rapat punya rapat , last-last bertukar number phone . Hihihi . Agak gembira ! Rasa macam nak terloncat-loncat pun ade . Keh keh ! Yang lagi syok , family dia ada jugak dekat Terengganu . Wahh , fefiling happy la aku nih .

Kami selalu jugak calling calling nihh . Kenkadang aku nihh frust jugak . Dia lambat reply text aku . Tapi terpaksa faham laa , dia tu budak matrik . Budak pandai ngko !! Haha . Tapi bila dah rasa rindu . Terasa jugak nak calling calling . Bila aku call ! Eh eh , voicemail plak . Eii , rasa nak belangkong jee phone aku nih atas kepala dia .

Sampai la satu malam tuu , malam semalam laa . Tengah OTP , berlaku la babak luah perasaan . Haha . Agak sedikit lawak la . Masing-masing ego ! Tak nak luahkan betul-betul . Haha .Tetibe kann , dia tanya . Tak pasti bergurau tau serius . Tapi jawapan aku serius ! Oke , soalan nya berbunyi . 


' U tak nak kawin dengan i ke ?
' Ehh , sape cakap ? Mesti la nak '
' Yeke ? '
' Yelaa , u nak taw tak ? '
' Ape ? '
' Ustaz Azhar cakapkan , kalau kita luahkan nak kawin dgn pompuan tuh kan . Pstu pompuan tu cakap 'Ya' . Dah dikira tunang taw . Tapi dalam Islam jela .'
' Haa , kira kita dah tunang la '
' Ntah , mungkin la '
' Yela , kita dah tunang la '

Dari perbualan tuhh la , aku dah mempunyai tunang dalam Islam . Keh keh keh ! Haha . Ingat senang ke nak dapat tunang ? Haha . Excited terlebih plak aku kan ? Haha . Takpe laa , biasa la . First time kott :P 



Tapi kan macam tak best plak , dia jarang ada dengan aku . Hmm , takpe la amalina . Think positive laa . Dia ada life dia sendiri kan ? Aku tak boleh nak paksa dia . Dia bukan hak aku lagi . Oke , actually ! Tengah sedih nih . Tapi kan , ade something yang aku takut . Bukan takut hantu . Tapi takut terpisah ! Maklum laa , kami dua-dua anak last . Kenkadang anak last dengan anak last , tak serasi . Eii , acaner haa ? Boleh share kau punya opinion tak ? 

Err , aku ni plak dah lama tak buka kan hati aku untuk lelaki . Tapi bila dah terbuka tuh , tahap kerisauan tu menjadi-jadi . haiyaa ! Takpe la , sampai disini saje oke ? 

Note : Bila kita sayang orang tanpa bagitahu . Lama-lama , sayang tu akan terbalas :D

Sunday, 8 September 2013

Senior ^_^

Assalamualaikum .

Hai kengkorang ! Amalina cikibom cikiom disini :P . Apabila menjelangnya malam , perasaan bosan mula menghantui diri . Laluku mula coretkan ini entry , haha ( tak lawak kan? )

Oke , mulakan dengan bismillah . Story nya bermula macam ni . Semalam , masa aku nak naik bas dari Terengganu untuk balik kat Kulim,Kedah .

*Flashback

Masa tuu , jam dah merangkak pukul 6.00pm . Aku pun siap siap nak chow dari rumah , nak balik UniKL MSI ni . Dalam kereta tu , aku bersms lah dengan kengkawan aku . Ucap selamat jalan dan berterima kaseh atas persahabatan yang dihulurkan .



Terima kasih kengkawan , raikan kepulangan aku #Amira #Syeikh #Nazerul

Lepas sampai dekat station bus tuu , aku terus merangkak ke kaunter ( cuba bayang aku tengah merangkak ) Haha . Sudah !! Aku pergi kat kaunter sebab nak tanya .

''Bang , bas for Kulim dah sampai ke belum ?" 
Err, ntah la dik . Adik try pergi cari bas yang ada tulis T-5 / T-6
"Laa , abg pun tak tahu ?"
Tak !
"Okay la ye"

Dengar ayat last tuu , rasa nak sepak je oink oink dia . Hish , teruk nau buat kerja . Customer plak yang kena cari sendiri . Gampangnya buat kerja ! Ciss ! Aku dengan muka blurr nya , pergi la cari bas mistik tuu . Dah la hujan ! Kau bayang kan , dengan sesak kereta , manusia berpusu-pusu . Hish ! Mati kena pijak jugak aku nanti . Hehehe .  Cari punya cari , finally aku jumpa jugak . Lepas tu , cepat-cepat get semua beg aku . Masa nak lintas jalan tuu . Eiiiikkkk ! ( bunyi brek kereta ) Nasib aku tak , kedebuk !! Kalau tak , memang takde la entry ni malam ni kan ? Aku plak buat muka bodoh je , nak cepat la kata kan . Tak nak kena tinggal kau tau tak ? 

Lepas sumbat aku punya beg , sesalam dengan my papa + my mama , kissing-kissing sikit . Mintak duit seposen ! ( tipu jee , lebih sebenarnya ) Aku terus ditelan oleh perut bas yang berpetak tuu . Lepas tu , apa lagi . Cari aku punya seat laa . Dah jumpa , kompom aku pilih tepi tingkap . Keh keh ! Sapa lambat , duk tepi aku . Nasib kau la yee !

Aku pun mendarat lah aku punya bontot atas seat yang tak berapa nak empuk tuu ( bayar mahal , seat keras ! ) . After 15 minit , datang la seorang pemuda sewel . Sengih-sengih macam kerang WANGI , duk tepi aku . *Dalam hati "alamak ! Ape ke hee , jantan plak duk kat tepi aku nii ? Nak tukar seat , nampak sangat aku jahat kan ? ( sedangkan , aku baik orang nya :P ) 

8 hours aku dalam bas dengan dia , aku langsung tak tegur dia . Tengok muka apatah lagi kan ? Dia plak siap mengigau lagi ! Haa , bebesar pun still ngigau . Kau pernah tak ? Senyap punya senyap , sampailah ke destinasi yang dituju . Aku pun turun laa , ambil segala harta karun dalam perut bas tuu . Kejap tu , ada pakcik sapa kita orang .

''Nak kemana dik?"
"UniKL MSI" (Serentak)
"Naik sekali lah ye,baru murah sikit"

Kita orang pun saling berpandangan . Nak gelak pun ada ! Haha , dalam bas duk tepi tepi . Tapi buat sombong ! Jahat jugak aku ni . keh keh ! Masuk dalam teksi , bermula la dialog . Laki tu start dulu taw .
"Asal mana ?"
"Dungun"
"Tadi naik kat KT kan ?"
"A'a"
"Msi , ambik kos ape?"
"PET"
"Ohh, sem brpe?"
"Sem 1, awak?"
"Sem 2"

Aku ni jawab acuh tak acuh je , sebab malu sangat ! Tu laa , upahnya kalau sombong sangat . Rupa-rupanya , si abam senior . Malu gila babeng ni ! Rasa nak gunting muka ni , tampal kat pintu teksi ! hehe . Sampai je kat UniKL , dia suruh pakcik tu stopped kat block dia . Dia bayar duit , angkut beg then terus keluar . Just senyuman je sedekah kat aku nii . Ahhh , lantak dia la kan ? Nak senyum ke , jelir ke , menangis ke . Dia bukan kacau aku kan ? Pakcik tu pun terus memecut 180 k/j . Hahaha . ( kau bayangkan ! Haha , tipu je ) . Nak turun tuu , aku pun hulur la not rm5 . Pak cik tu pun bagitau , yang lelaki tadi tuhh dah bayar rm10 . Pelik jugak , dalam hati aku ni tertanya-tanya . '' Tak nak duit baki ke dia ni? '' Hmm , kaya sangat kot . Ahh , lantak laa . Janji jimat duit aku kan ? Haha , teruk nau perangai aku . ( kau jangan nak tiru sikap aku yang teruk ni )

Note : Jangan sombong sangat taw , tegur seposen dua , lepas tu nak senyap pun dah okay . Lagi satu , rezeki jangan sesekali kau tolak :P

Wednesday, 4 September 2013

Merdeka !

Assalamualaikum ! Everyone , everytwo and everythree .

Fuhh , lame jugak kan tak post entry . Eii , kat belah kiri atas tuu ade sarang labah-labah laa . Cuba tengok tuu ! Dahh , kau jangan nak mengarut sangat pegi tengok betul-betul . Bukan ada pun , yang cepat sangat kena kencing tu kenapa ? Ish , gampang betul kau nihh .

Back to story . Merdeka ? Serius aku cakap , malam merdeka aku tak meriah sangat macam tahun sebelumnya T_T . Malam 30/8/2013 , kena tolong my mama masak kat dewan . Penat sangat-sangat ! Pukul 11.30 dah rasa mengantuk . Kira duduk atas kerusi kayu yang buruk tu , rasa macam duduk atas tilam empuk ! Nak bagitahu kat kau , yang aku ni dah ngantuk tahap dewa .

Dah la malam tu , kalau ikutkan plan nak lepaking dengan kengkawan . Eh eh , tup tup . Dapat call yang my mama yang comel tuu , nak ambil tempahan kenduri . Err , rasa macam nak buat black magic jee . Ting ! Hilang . Ape ape pun , aku kan sayang my baby boo aku tu . So , redha + pasrah jee tolong my mama malam tuu . 


Discuss dengan mama , cakap nak masak gulai daging kawah dengan ayam masak merah . Lepas tuu , bermula la pencarian Master Chef yang terhebat . Mama suruh aku kupas bawang merah . Tengah syok punya syok kupas bawang tu , berlaku plak drama Bollywood ! Berguguran air mataku mengalir membasahi pipi . Tak tahan dohh , nak tahan pedih kupas bawang tuu .
See ! Banyak kot , kau tu tolong la sikit .

Aku ni plak duduk dengan tak tenang . Asyik tengok jam jee , tunggul detik 12.00 malam la kate ngko !! Haa , tunggu punya tunggu . Tiba la masa yang di nanti-nantikan tuu . Tapi , senyap sunyi plak . Ehh , plik jugak aku . Tak bergema bunyi bunga api . Hmm , bunga api masuk angin kot . Haha ( Tak lawak pun ) Err :/ Sesambil tu , aku sms dan chit chat with my crush ! Keh keh ( Dia taw tak agak-agak aku minat dia ?) S*L**iN :D Kau senyap !! Jangan bagitahu kat dia taw , malu aku nanti ( Tutup muka ).


Dalam muka poyo aku tuu , 12.10 . Dumm ! Dumm ! . Haaa , kau tengok tuu . Berbunyi kau !! Memang  comfirm masuk angin ! Hahaha . Boleh jadi  ahli nujum aku nih . hahaha . Dalam tengah kupas bawang tu jugak , ada jugak yang meletup ! Oii , mak kau . Haha . Syok betul tengok orang melatah nii . ( Macam la aku tak melatah kn ? ) 

Memaaf la yee , aku post lelambat sangat pasal Merdeka ni . Cuba tgk dah berapa hari bulan . Maaf ya , buk nek !

Note : Merdeka sekarang ni , dah tak ramai bersemangat :/