Emas adalah ASET

Hanya orang celik EMAS dan HARTANAH, tahu kebaikan aset yang dibelinya hari ini pada masa akan datang. Orang yang mahu berjaya tidak akan melakukan sesuatu yang sia-sia.

Sunday, 8 September 2013

Senior ^_^

Assalamualaikum .

Hai kengkorang ! Amalina cikibom cikiom disini :P . Apabila menjelangnya malam , perasaan bosan mula menghantui diri . Laluku mula coretkan ini entry , haha ( tak lawak kan? )

Oke , mulakan dengan bismillah . Story nya bermula macam ni . Semalam , masa aku nak naik bas dari Terengganu untuk balik kat Kulim,Kedah .

*Flashback

Masa tuu , jam dah merangkak pukul 6.00pm . Aku pun siap siap nak chow dari rumah , nak balik UniKL MSI ni . Dalam kereta tu , aku bersms lah dengan kengkawan aku . Ucap selamat jalan dan berterima kaseh atas persahabatan yang dihulurkan .



Terima kasih kengkawan , raikan kepulangan aku #Amira #Syeikh #Nazerul

Lepas sampai dekat station bus tuu , aku terus merangkak ke kaunter ( cuba bayang aku tengah merangkak ) Haha . Sudah !! Aku pergi kat kaunter sebab nak tanya .

''Bang , bas for Kulim dah sampai ke belum ?" 
Err, ntah la dik . Adik try pergi cari bas yang ada tulis T-5 / T-6
"Laa , abg pun tak tahu ?"
Tak !
"Okay la ye"

Dengar ayat last tuu , rasa nak sepak je oink oink dia . Hish , teruk nau buat kerja . Customer plak yang kena cari sendiri . Gampangnya buat kerja ! Ciss ! Aku dengan muka blurr nya , pergi la cari bas mistik tuu . Dah la hujan ! Kau bayang kan , dengan sesak kereta , manusia berpusu-pusu . Hish ! Mati kena pijak jugak aku nanti . Hehehe .  Cari punya cari , finally aku jumpa jugak . Lepas tu , cepat-cepat get semua beg aku . Masa nak lintas jalan tuu . Eiiiikkkk ! ( bunyi brek kereta ) Nasib aku tak , kedebuk !! Kalau tak , memang takde la entry ni malam ni kan ? Aku plak buat muka bodoh je , nak cepat la kata kan . Tak nak kena tinggal kau tau tak ? 

Lepas sumbat aku punya beg , sesalam dengan my papa + my mama , kissing-kissing sikit . Mintak duit seposen ! ( tipu jee , lebih sebenarnya ) Aku terus ditelan oleh perut bas yang berpetak tuu . Lepas tu , apa lagi . Cari aku punya seat laa . Dah jumpa , kompom aku pilih tepi tingkap . Keh keh ! Sapa lambat , duk tepi aku . Nasib kau la yee !

Aku pun mendarat lah aku punya bontot atas seat yang tak berapa nak empuk tuu ( bayar mahal , seat keras ! ) . After 15 minit , datang la seorang pemuda sewel . Sengih-sengih macam kerang WANGI , duk tepi aku . *Dalam hati "alamak ! Ape ke hee , jantan plak duk kat tepi aku nii ? Nak tukar seat , nampak sangat aku jahat kan ? ( sedangkan , aku baik orang nya :P ) 

8 hours aku dalam bas dengan dia , aku langsung tak tegur dia . Tengok muka apatah lagi kan ? Dia plak siap mengigau lagi ! Haa , bebesar pun still ngigau . Kau pernah tak ? Senyap punya senyap , sampailah ke destinasi yang dituju . Aku pun turun laa , ambil segala harta karun dalam perut bas tuu . Kejap tu , ada pakcik sapa kita orang .

''Nak kemana dik?"
"UniKL MSI" (Serentak)
"Naik sekali lah ye,baru murah sikit"

Kita orang pun saling berpandangan . Nak gelak pun ada ! Haha , dalam bas duk tepi tepi . Tapi buat sombong ! Jahat jugak aku ni . keh keh ! Masuk dalam teksi , bermula la dialog . Laki tu start dulu taw .
"Asal mana ?"
"Dungun"
"Tadi naik kat KT kan ?"
"A'a"
"Msi , ambik kos ape?"
"PET"
"Ohh, sem brpe?"
"Sem 1, awak?"
"Sem 2"

Aku ni jawab acuh tak acuh je , sebab malu sangat ! Tu laa , upahnya kalau sombong sangat . Rupa-rupanya , si abam senior . Malu gila babeng ni ! Rasa nak gunting muka ni , tampal kat pintu teksi ! hehe . Sampai je kat UniKL , dia suruh pakcik tu stopped kat block dia . Dia bayar duit , angkut beg then terus keluar . Just senyuman je sedekah kat aku nii . Ahhh , lantak dia la kan ? Nak senyum ke , jelir ke , menangis ke . Dia bukan kacau aku kan ? Pakcik tu pun terus memecut 180 k/j . Hahaha . ( kau bayangkan ! Haha , tipu je ) . Nak turun tuu , aku pun hulur la not rm5 . Pak cik tu pun bagitau , yang lelaki tadi tuhh dah bayar rm10 . Pelik jugak , dalam hati aku ni tertanya-tanya . '' Tak nak duit baki ke dia ni? '' Hmm , kaya sangat kot . Ahh , lantak laa . Janji jimat duit aku kan ? Haha , teruk nau perangai aku . ( kau jangan nak tiru sikap aku yang teruk ni )

Note : Jangan sombong sangat taw , tegur seposen dua , lepas tu nak senyap pun dah okay . Lagi satu , rezeki jangan sesekali kau tolak :P

No comments:

Post a Comment