Emas adalah ASET

Hanya orang celik EMAS dan HARTANAH, tahu kebaikan aset yang dibelinya hari ini pada masa akan datang. Orang yang mahu berjaya tidak akan melakukan sesuatu yang sia-sia.

Saturday, 30 November 2013

LIT LAT

Assalamualaikum ,

Last month , si Puan Mama roger guwa suruh balik kampung sebab my grandma buat kenduri kendara sikit . reason ? Dia nak 'naik rumah' . kau faham tak ? mesti tak kan , sebab aku tak explain . 'naik rumah' ni ibarat kata , kau beli rumah then nak rasmikan rumah tuu . so , si nenek aku ni jemput la jemaah kat surau sebelah  plus jejiran tetangga dan tetingkap . Over word plak aku kan ? haha . tak kelakar oke !

Oke , malam tu after Maghrib mendarat la aku di bumi Terengganu kat rumah grandma aku tuhh . Nak dijadikan cerita la kan . Sesampai je aku depan pintu tuh , kazen guwa si Haikal Arif ni datang serang , dah macam aku ni Angelina Jolie nak mintak sign , haha , dan !! dengan bahagia dan takde masalahnya terus rentap aku punya sluupee yang aku beli masa kat stesen bas . haha , kemain ko stesen bas buruk pun ada 7e . Kalau kau tengok , dah ala-ala blok Highland Tower dah . huahua . err , aku yang story ni pun dah seramm . hee :D Tapi yang pasti muka aku memang iras iras Angelina Jolie . Muktamad ! kau jangan nak nafikan oke , pantang aku lau orang bangkang ! hahaha .

Lepas aku masuk rumah , aku terus serbu bilik yang dah memang tersedia untuk anak cucu kalau balik kampung tuhh . senang kata , rumah baru tu banyak bilik . memang nenek aku sengaja mintak macam tuh . maklum la anak dia ramai , cucu apetah lagi kan . hee :D lepas letak beg , mandi dan solat . aku terus lepak kat hall rumah tuh , duduk ala gaya tuan rumah . nyaris tak tertidur atas sofa yang nenek guwa order dari Australia . fuhh , rumah baru la katakan . perobot pun kena baru , tapi sofa tu auntie aku yang hadiahkan . auntie aku kaya sangat , kat rumah tidur atas duit mybe . huahua . company dia dah merata rata ! camna la otak diakan ?

Haaa ! tengah asyik dan syok guwa mendarat tuu . Kazen aku yang kecik si Haikal tu datang lagi . Tapi kali ni dengan surprise sebab dia ada sebut one word ! ayat dia camni :-

"auntie ma , 'lit lat' , eiiii"

aku dengan selamba , cakap la kat dia . ''auntie takde coklat laa . tak ingat la beli tadi . esok kite keluar beli oke ?'' dia gelak , then blah . dalam hati aku , dah memacam dah kutuk budak ni . aku ajak beli esok , dia gelak . bukannya nak seronok ke hape . jangan-jangan budak ni tak betul takk ? haa , mati la kalau betul . kena rawat secepat mungkin nih . hehehe . takde laa , saje je acah ayat .

sekitar pukul 8.30 nenek guwa panggil untuk makan , dinner la katekan . choyy , duk hostel tak terjaga langsung makan minum aku . ada sape sunggup nak jaga makan minum aku ? haha . dah merapu aku nih . masa kat meja makan , again Haikal datang cakap and tunjuk :-

"auntie ma , 'ada lit lat' , eiii , takut "

Dan masa tu jugak , dia hala kan tangan dekat aku . Tapi bukan tepat pada diri aku yang baru nak duduk atas kerusi nih , tapi belakang aku . ishh , aku hempuk jugak budak ni dengan kerusi nanti kang ! Dah tetiba cakap takut . Mintak coklat pun , takut kee ? aku pun dengan dahi berkerut , dah ala ala nenek kebayan . terus berfikir pasal "lit lat" yang dia cakap tadi tuu . makan pun dah tak berapa nak laju . Biasanya , aku la yang paling seronok bila dapat makan lauk peberet food aku . lauk tu secret , nanti kau minat jugak . hahaha . jahat nau ! kau jangan tiru sifat good good aku ni . aku kapit kepala dengan lap top aku nih kang !

After makan , aku stay lagi dekat meja makan dengan akak aku berteman lap top sebijik dan nescafe suam . aumm ! syokk woo . Terasa indahnya dunia ! hahaha . masa tu dah pukul 9.30 tak silap aku . hmm , abai jela psal jam tuhh . tak penting gak ! hee . DAN ! si kecik datang lagi , duk kat sebelah aku then cakap .

" auntie , buat ape tuu ? "
'' bukak facebook sayang , kenape ? ''
" uhh , takpe la auntie , Haikal nak gi kat ibu . dekat sebelah auntie ada lit lat , takut lah ''
'' Haikal , cuba cakap kat auntie 'lit lat' tu ape? ''

dia terus blah , langsung tak toleh .

Haram punya budak , dengar ayat dia . aku dengan akak aku saling tentang mata . terfikir , ape maksud Haikal tadi tuh . puas aku perah otak keringat aku , ingat balik story lama . kot kot aku yang sebut bende tuh kat dia . aku siap guna perkhidmatan Miss Google dengan text beberapa orang kawan aku . untuk tanya , ape itu 'lit lat'.

Lastly , aku mengalah jugak . tak dapat cari jawapan dia nih ! akak aku plak buat muka satu ringgit je , macam takde masalah dalam hidup dia . aku pun pegi kat dapur then terus cari nenek aku , then tanya buat julung kalinya pasal that word . aku dengan muka selamba badak , tanya laaaa :-

'' nekk , nek tahu tak nape Haikal sebut lit lat ? Dari tadi dia duk sebut . puas fikir dah , tak jugak ada text yang amma terima . ibarat msg yang amma hantar not sent . ''
" uhh , lit lat . tuu sebenarnya pontianak , ayah dia ajar , sebut pontianak tu 'lit lat' bila tengok cerita hantu . kalau dia degil , ayah dia usik la , cakap ada 'lit lat' ''

O . M  .  A ! ohh my Allah .
Benda yang haikal tunjuk tu hape , kat sebelah aku hape , kat mana 'dia' duduk sebenarnya ? pehal plak 'dia' nak follow aku ?


Damn ! masa tuu , aku rasa nak hempuk je nenek aku dengan pinggan mangkuk yang dekat sinki tu . tak pun lastik dengan guli kat tengah tengah kepala nenek aku . ehh , dengan enak dia kasi jawapan tuu . Jahanam punya budak , makna yang dia cakap 'lit lat' yang duk tepi aku kat meja makan tu P*NTI*NAK ? Shit man ! aku pun hape lagi . bisik dekat akak aku '' kau nak tahu ape bende 'lit lat' ? '' . akak aku dengan muka blur terus pusing kepala then angguk . aku pun cakap '' that word is pontianak , so kau pilih nak stay kat meja ni or lari masuk bilik ? '' aku dengan akak aku dah get ready nak chow ! count sampai three , aku pun berteraburan lari naik kat bilik .

Sampai dalam bilik terus kunci . dengan nafas naik turun . jantung dupdap dupdap ! tak berani nak pusing belakang . kang tak pepasal . 'lit lat' muncul ! mahu mati berdiri aku nanti . ehh , over plak . tak nak ahh ! kalau betul ada sekeliling aku masa tu , memang aku akan kepit kepala 'lit lat' tu sekali dengan kepala Haikal . akak aku dah berketar dalam selimut . dia tu , memang penakut ! haram betul , ingat nak backup aku ni . apa punya akak laa !

Aku capai tower , gi mandi dan solat Isyak . after solat , mintak doa panjang panjang sikit . mintak jauh benda yang bukan bukan tuu .

Malam tuu , aku tidur himpit himpit dengan akak aku . punya la berdebar dan takut tahap dewa . haha . kalau aku ada suami , then jadi benda macam ni . SUMPAH ! masa tidur aku nak dia peluk aku . jangan lepas aku even sikit ! eii , seram nau .

Note : lepas ni kalau aku dengar Haikal sebut bende pelik pelik lepas ni , memang aku akan kepit kepala dia dengan laptop tanpa soal !

Tuesday, 12 November 2013

What the date is today ?

Assalamualaikum . 

Haii , i'm back ! Haha . Ehh , Amalina kau jangan nak i'm back sangat . Takde org yang akan rindu kau kat sini . Fuhh ! Sob sob , sedih tau . Hee . Setelah lama membiarkan blog aku sepi . Kini aku kembali dengan entry yang baru . Bertitle 'what the date is today ? '

Di hari Selasa yang cool lagi gempak nih , guwa telah mendapat ilham yang tak berapa good untuk membiarkan jari guwa menaip cerpen ngokss ini . Huahua ! Tak pyah nak cerpen la sangat Amalina oii . Blog kau nih , bukan ramai followers . Yang kengkawan pun minat membaca sahaja . Nak follow , takde acc katenyee . Hmm , lalu guwa mengabaikan kata kata mereka . Lalu guwa gagahkan jari untuk terus berdancing on my keypad . Ehh , kau perasan tak yang guwa dah tersasar dari topik yang sebenar ! Kau pun tak ingatkan aku , ape dahh ? 

First at all , guwa nak story why guwa dapat idea nak menentrykan topik ini . Oke , bermulalah kisah dongeng untuk hari ini . Tadi dalam kelas , subjek interculture . Madam Azliza , telah memberi assigment bertopikkan 'mitos and legend' . Guwa dengan rajinnya , menarik sehelai kertas . Lalu coretkan day and date today . Masa tengah tulis date tu lahh , guwa rasa macam something jee . Sebab gua tulis dengan penuh . Like this -> 12/november/2013 . Haa ! So , guwa simpulkan balik tarikh tuu . Terlahirlah date yang tercantik , 12/11/13 . Even tak ikut urutan yang sepatutnya , tapi terserlah disitu . Satu keunikan yang amat nyata . Kuasa Allah is the best kan ? Say apa anak anak ? Say Alhamdulillah . Ingat yaa , kita sebagai umat Islam seharusnya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk menghidup udara yang hanya pinjaman semata mata . Haha , ewahh ! Aku bab nasihatkan orang memang terbaik ahh . Hee . 

Anyway , dalam tahun ni adalah tahun yang last kita jumpa tarikh yang cantik . Example , 11/12/13 yang akan datang nii . Tahun depan dah tak boleh kan ? Tapi lau ada tarikh cantik lepas nii , kau sematkan dalam otak oke ? Kalau kau nak tahu , aku selalu impikan nak kawen masa date yang cantik . Hehe . Jauh berangankan ? Haha . Berangan je kot . Bukan betol , hee . Kalau aku nak kawen , dengan sapa laa kan ? Hah ! Kau jangan nak target aku nak kawen dengan entry yang aku sebelom nih oke ? Kisah guwa dengan dia dah tamat . Dah jumpa penghujung . Sad story ! Sob sob 
 hee . 

Dah la , sampai sini je kot ! Guwa dah tak tahu nak bebel ape . Dah kering Idea dh nii , ke kau ada idea lagi nak di sedekahkan ? Just email oke ? Nanti guwa coretkan , oke sayang ? Hee .

Note : ingat tarikh yang penting dalam hidup kau . Nak nak orang yang kapel . Lebih lebih lagi orang laki . Perempuan akan bahagia bila pakwe dye , ingat tarikh penting . Taw ?

Tuesday, 1 October 2013

Selamat Jalan Sept , Assalamualaikum Okt =D

Assalamualaikum .

Di hari Selasa yang mulia lagi indah , aku telah terfikir untuk post entry yang tak seberapa bagus nih . *tak lawak pun lah . Justeru itu , aku gagahkan diri untuk menaip dan membiarkan jari jemariku ini menari nari di atas papan board ini . Waduh, waduh, waduh . Sungguh puitis yaa , ayat gue . *ehh , elok elok mak aku lahir aku anak Malaysia . Nak cakap indon plak . Kau jangan report plak , kang tak pepasal orang cakap aku pati . Aku ade I/C laa -_-''

Oke , sudah dengan bebelan aku tuh . Dengan ayat novel bebagai tuhh , justeru lah , menari nari lah . Aku nih kene sampuk dengan hantu novel ke hape ? *Migrain aku memikirkan nya . 

First at all , aku nak ucap Selamat Datang dekat si En. Oktober tuhh . Tambahan pula , aku ingin mengucap syukur ke hadrat Ilahi sebab masih diberi kesempatan untuk berpijak di dunia yang hanya pinjaman semata mata ini . *Hamboii , teruk nau kata kata puitis aku nih . Ape lah nak jadi dengan aku nihh ? *Jadi orang laa . Tak kan haiwan kot ! Kau jangan sesedap je mengata aku . Aku bomm mulut tu kang . *Tipu jee , ingat aku jahat sangat ke ? Aku nih , dah la comel + cantik . Haha . Tak caye ? Tengok gambar sebelah kanan please :P Haha . Jangan nak nafikan oke ?

Fuhh , puas sudah aku mencarut + mukadimah kat atas tuh . Now , kita start sesi pengenalan plak . Haha . Punya la panjangkan ? Baru mukadimah rupenya . Haha . *Jangan gelak sangat . Tak lawak pun . Simpan je gelak kau tuhh sensorang . Jangan duk share kat entry aku yang cantik macam empunya nih  :P Kau tengok , tak habis lagi aku punya mukadimah . Sabar yee , biasa la manusia tak lepas dari melakukan kesilapan . Haha . *aku nih dah tahu , buat lagi . Hissh , teruk nau . 

Begini cerita sebenarnya , penutupan Si Minah Sept dengan pembukaan Si En. Okt buat aku menangis :'( Nak tahu sebab ape ? Gaduh dengan *kecik saya la . Sedih w0oo ! *huh ! amma , kau jangan nak over sangat . Dia bukan ingat kau pun . Tuihh ! Hmm , terasa nak wake up dari mimpi . Tapi kalau aku wake up , memang aku akan lupa dia 100% . Macam aku gtaw dlm entry aku sebelum nih . *perempuan kalau dia dah wake up , bayang kau pun dia pijak pijak jee . Haha . Tapi aku nih , kenkadang senget jugak . Mulut je cakap nak lupakan . Hakikatnya , always tunggu dia text , call dan sewaktu dengannya . Hmm , putus harapan . *jangan nak putus harapan sangat . Ramai lagi yang boleh ceriakan aku Amalina oiii .

Aku nih sebenarnya ,  senang jugak nak lupakan sensorang tuhh . Janji aku nak ada orang yang selalu ceria kan aku , buat aku ketawa . Haaa , masa tuhh . Sumpah aku tak ingat dah orang lain . Just dia jee . Wahh , jenjiwang plak aku nihh . Hmm , kenkadang bila aku dengar lagu Dejavu by Shila Amzah tuu . Macam kena atas batang hidung aku sendiri plak . Nak kat orang , tapi terpaksa lupakan . Sebab tak dapat respond good2 gituu . Cerr kau try dengar . Kalau terkena jugak dekat kau , kira nasib la tuhh . Wkakaka *Ehh , gelak stail ape aku nihh ? Hmm , dah la ! Mengarut semua tuhh .

Sudah sudah sudah , dari aku terus mencarut yang ntah ape ape tuh . Baik aku stop sampai sini je entry aku . See kau next entry plak ye . Sayang kau !! Eh , bukan kau . Makhluk belakang kau tuhh . Hahaha . *Jahat nau aku nih . Haa , kau jangan nak ikut perangai senget aku nih . Aku cepuk kang ! 

Note : Kalau dia dah tak sayang , tak suka . Lepas je dia oke ? Jangan kasi muka sangat . Kalau nak kasi jugak , kasi kaki je . Pastikan , kaki tuh yang tak pernah basuh ;)

Monday, 16 September 2013

Tunang =D

Assalamualaikum bakal jenazah semua :P

Kasar giler aku kan ? Awal-awal dah bagi kau bara ! Haha . Relax la kan , itu fakta . Aku bukan kencing korang pon . Aku kan baik ! Sape tak kenal Amalina yang baik nihh . Haha . *Perasan betul . 

Mesti banyak soalan yang berfikir difikiran kau kan ? Kenapa tajuk entry aku kali nih berkaitan dengan TUNANG ! Haha . Actually aku nak gelak sebenarnya , bila aku nak bahas tajuk nih . Tapi bila aku tak luah , rasa macam tak tenang . Ibarat nak buang air besar . Tahan rasa nak lepas . Bila lepas , ahh ! Lega ! Hahaha . Weii , jangan nak jijik laa . Macam kau tak buang air besar kan ?

Oke , pertama aku nak share . Why topik kali ni pasal tunang . Actually , sekarang aku minat kat sorang mamat nihh . Kenal dah lama kot , since December 2011 . Pstu kawan punya kawan , kami pun lost contact masa aku masuk PLKN . Habis PLKN plak , aku memang dah tak ingat pasal dia . 

Tetiba , esok kan nak puasa dalam tahun ni . Aku tergerak hati nak baca balik conversation dalam Facebook yang lepas-lepas . Last-last ternampak chat aku dengan dia . Haa , masa tuu . Rindu kat dia datang menghantui aku . Haha . *kau jangan takut boleh tak ? . 

Aku pun ape lagi , susun ayat la . Nak wish Selamat Berpuasa la katakan . Cehh , aku ni tetiba buat caring . Haha . Aku pun wish laa , then tanya dia still ingat aku ke tak . Tup tup , dia cakap dia ingat . Waduh, waduh , waduh ! Green light nampak gayanya . Haha . Kau hadoo ?

Masa bulan 8 kan , aku dah masuk UniKL MSI . Masa tuh tengah falling in love kott ! Hishh , nak luah aku nih malu . Tapi aku syak macam dia tahu jee . Arhh ! Lantak laa . Janji betul yang aku minat dia . Haha . Aku rapat punya rapat , last-last bertukar number phone . Hihihi . Agak gembira ! Rasa macam nak terloncat-loncat pun ade . Keh keh ! Yang lagi syok , family dia ada jugak dekat Terengganu . Wahh , fefiling happy la aku nih .

Kami selalu jugak calling calling nihh . Kenkadang aku nihh frust jugak . Dia lambat reply text aku . Tapi terpaksa faham laa , dia tu budak matrik . Budak pandai ngko !! Haha . Tapi bila dah rasa rindu . Terasa jugak nak calling calling . Bila aku call ! Eh eh , voicemail plak . Eii , rasa nak belangkong jee phone aku nih atas kepala dia .

Sampai la satu malam tuu , malam semalam laa . Tengah OTP , berlaku la babak luah perasaan . Haha . Agak sedikit lawak la . Masing-masing ego ! Tak nak luahkan betul-betul . Haha .Tetibe kann , dia tanya . Tak pasti bergurau tau serius . Tapi jawapan aku serius ! Oke , soalan nya berbunyi . 


' U tak nak kawin dengan i ke ?
' Ehh , sape cakap ? Mesti la nak '
' Yeke ? '
' Yelaa , u nak taw tak ? '
' Ape ? '
' Ustaz Azhar cakapkan , kalau kita luahkan nak kawin dgn pompuan tuh kan . Pstu pompuan tu cakap 'Ya' . Dah dikira tunang taw . Tapi dalam Islam jela .'
' Haa , kira kita dah tunang la '
' Ntah , mungkin la '
' Yela , kita dah tunang la '

Dari perbualan tuhh la , aku dah mempunyai tunang dalam Islam . Keh keh keh ! Haha . Ingat senang ke nak dapat tunang ? Haha . Excited terlebih plak aku kan ? Haha . Takpe laa , biasa la . First time kott :P 



Tapi kan macam tak best plak , dia jarang ada dengan aku . Hmm , takpe la amalina . Think positive laa . Dia ada life dia sendiri kan ? Aku tak boleh nak paksa dia . Dia bukan hak aku lagi . Oke , actually ! Tengah sedih nih . Tapi kan , ade something yang aku takut . Bukan takut hantu . Tapi takut terpisah ! Maklum laa , kami dua-dua anak last . Kenkadang anak last dengan anak last , tak serasi . Eii , acaner haa ? Boleh share kau punya opinion tak ? 

Err , aku ni plak dah lama tak buka kan hati aku untuk lelaki . Tapi bila dah terbuka tuh , tahap kerisauan tu menjadi-jadi . haiyaa ! Takpe la , sampai disini saje oke ? 

Note : Bila kita sayang orang tanpa bagitahu . Lama-lama , sayang tu akan terbalas :D

Sunday, 8 September 2013

Senior ^_^

Assalamualaikum .

Hai kengkorang ! Amalina cikibom cikiom disini :P . Apabila menjelangnya malam , perasaan bosan mula menghantui diri . Laluku mula coretkan ini entry , haha ( tak lawak kan? )

Oke , mulakan dengan bismillah . Story nya bermula macam ni . Semalam , masa aku nak naik bas dari Terengganu untuk balik kat Kulim,Kedah .

*Flashback

Masa tuu , jam dah merangkak pukul 6.00pm . Aku pun siap siap nak chow dari rumah , nak balik UniKL MSI ni . Dalam kereta tu , aku bersms lah dengan kengkawan aku . Ucap selamat jalan dan berterima kaseh atas persahabatan yang dihulurkan .



Terima kasih kengkawan , raikan kepulangan aku #Amira #Syeikh #Nazerul

Lepas sampai dekat station bus tuu , aku terus merangkak ke kaunter ( cuba bayang aku tengah merangkak ) Haha . Sudah !! Aku pergi kat kaunter sebab nak tanya .

''Bang , bas for Kulim dah sampai ke belum ?" 
Err, ntah la dik . Adik try pergi cari bas yang ada tulis T-5 / T-6
"Laa , abg pun tak tahu ?"
Tak !
"Okay la ye"

Dengar ayat last tuu , rasa nak sepak je oink oink dia . Hish , teruk nau buat kerja . Customer plak yang kena cari sendiri . Gampangnya buat kerja ! Ciss ! Aku dengan muka blurr nya , pergi la cari bas mistik tuu . Dah la hujan ! Kau bayang kan , dengan sesak kereta , manusia berpusu-pusu . Hish ! Mati kena pijak jugak aku nanti . Hehehe .  Cari punya cari , finally aku jumpa jugak . Lepas tu , cepat-cepat get semua beg aku . Masa nak lintas jalan tuu . Eiiiikkkk ! ( bunyi brek kereta ) Nasib aku tak , kedebuk !! Kalau tak , memang takde la entry ni malam ni kan ? Aku plak buat muka bodoh je , nak cepat la kata kan . Tak nak kena tinggal kau tau tak ? 

Lepas sumbat aku punya beg , sesalam dengan my papa + my mama , kissing-kissing sikit . Mintak duit seposen ! ( tipu jee , lebih sebenarnya ) Aku terus ditelan oleh perut bas yang berpetak tuu . Lepas tu , apa lagi . Cari aku punya seat laa . Dah jumpa , kompom aku pilih tepi tingkap . Keh keh ! Sapa lambat , duk tepi aku . Nasib kau la yee !

Aku pun mendarat lah aku punya bontot atas seat yang tak berapa nak empuk tuu ( bayar mahal , seat keras ! ) . After 15 minit , datang la seorang pemuda sewel . Sengih-sengih macam kerang WANGI , duk tepi aku . *Dalam hati "alamak ! Ape ke hee , jantan plak duk kat tepi aku nii ? Nak tukar seat , nampak sangat aku jahat kan ? ( sedangkan , aku baik orang nya :P ) 

8 hours aku dalam bas dengan dia , aku langsung tak tegur dia . Tengok muka apatah lagi kan ? Dia plak siap mengigau lagi ! Haa , bebesar pun still ngigau . Kau pernah tak ? Senyap punya senyap , sampailah ke destinasi yang dituju . Aku pun turun laa , ambil segala harta karun dalam perut bas tuu . Kejap tu , ada pakcik sapa kita orang .

''Nak kemana dik?"
"UniKL MSI" (Serentak)
"Naik sekali lah ye,baru murah sikit"

Kita orang pun saling berpandangan . Nak gelak pun ada ! Haha , dalam bas duk tepi tepi . Tapi buat sombong ! Jahat jugak aku ni . keh keh ! Masuk dalam teksi , bermula la dialog . Laki tu start dulu taw .
"Asal mana ?"
"Dungun"
"Tadi naik kat KT kan ?"
"A'a"
"Msi , ambik kos ape?"
"PET"
"Ohh, sem brpe?"
"Sem 1, awak?"
"Sem 2"

Aku ni jawab acuh tak acuh je , sebab malu sangat ! Tu laa , upahnya kalau sombong sangat . Rupa-rupanya , si abam senior . Malu gila babeng ni ! Rasa nak gunting muka ni , tampal kat pintu teksi ! hehe . Sampai je kat UniKL , dia suruh pakcik tu stopped kat block dia . Dia bayar duit , angkut beg then terus keluar . Just senyuman je sedekah kat aku nii . Ahhh , lantak dia la kan ? Nak senyum ke , jelir ke , menangis ke . Dia bukan kacau aku kan ? Pakcik tu pun terus memecut 180 k/j . Hahaha . ( kau bayangkan ! Haha , tipu je ) . Nak turun tuu , aku pun hulur la not rm5 . Pak cik tu pun bagitau , yang lelaki tadi tuhh dah bayar rm10 . Pelik jugak , dalam hati aku ni tertanya-tanya . '' Tak nak duit baki ke dia ni? '' Hmm , kaya sangat kot . Ahh , lantak laa . Janji jimat duit aku kan ? Haha , teruk nau perangai aku . ( kau jangan nak tiru sikap aku yang teruk ni )

Note : Jangan sombong sangat taw , tegur seposen dua , lepas tu nak senyap pun dah okay . Lagi satu , rezeki jangan sesekali kau tolak :P

Wednesday, 4 September 2013

Merdeka !

Assalamualaikum ! Everyone , everytwo and everythree .

Fuhh , lame jugak kan tak post entry . Eii , kat belah kiri atas tuu ade sarang labah-labah laa . Cuba tengok tuu ! Dahh , kau jangan nak mengarut sangat pegi tengok betul-betul . Bukan ada pun , yang cepat sangat kena kencing tu kenapa ? Ish , gampang betul kau nihh .

Back to story . Merdeka ? Serius aku cakap , malam merdeka aku tak meriah sangat macam tahun sebelumnya T_T . Malam 30/8/2013 , kena tolong my mama masak kat dewan . Penat sangat-sangat ! Pukul 11.30 dah rasa mengantuk . Kira duduk atas kerusi kayu yang buruk tu , rasa macam duduk atas tilam empuk ! Nak bagitahu kat kau , yang aku ni dah ngantuk tahap dewa .

Dah la malam tu , kalau ikutkan plan nak lepaking dengan kengkawan . Eh eh , tup tup . Dapat call yang my mama yang comel tuu , nak ambil tempahan kenduri . Err , rasa macam nak buat black magic jee . Ting ! Hilang . Ape ape pun , aku kan sayang my baby boo aku tu . So , redha + pasrah jee tolong my mama malam tuu . 


Discuss dengan mama , cakap nak masak gulai daging kawah dengan ayam masak merah . Lepas tuu , bermula la pencarian Master Chef yang terhebat . Mama suruh aku kupas bawang merah . Tengah syok punya syok kupas bawang tu , berlaku plak drama Bollywood ! Berguguran air mataku mengalir membasahi pipi . Tak tahan dohh , nak tahan pedih kupas bawang tuu .
See ! Banyak kot , kau tu tolong la sikit .

Aku ni plak duduk dengan tak tenang . Asyik tengok jam jee , tunggul detik 12.00 malam la kate ngko !! Haa , tunggu punya tunggu . Tiba la masa yang di nanti-nantikan tuu . Tapi , senyap sunyi plak . Ehh , plik jugak aku . Tak bergema bunyi bunga api . Hmm , bunga api masuk angin kot . Haha ( Tak lawak pun ) Err :/ Sesambil tu , aku sms dan chit chat with my crush ! Keh keh ( Dia taw tak agak-agak aku minat dia ?) S*L**iN :D Kau senyap !! Jangan bagitahu kat dia taw , malu aku nanti ( Tutup muka ).


Dalam muka poyo aku tuu , 12.10 . Dumm ! Dumm ! . Haaa , kau tengok tuu . Berbunyi kau !! Memang  comfirm masuk angin ! Hahaha . Boleh jadi  ahli nujum aku nih . hahaha . Dalam tengah kupas bawang tu jugak , ada jugak yang meletup ! Oii , mak kau . Haha . Syok betul tengok orang melatah nii . ( Macam la aku tak melatah kn ? ) 

Memaaf la yee , aku post lelambat sangat pasal Merdeka ni . Cuba tgk dah berapa hari bulan . Maaf ya , buk nek !

Note : Merdeka sekarang ni , dah tak ramai bersemangat :/

Thursday, 15 August 2013

Doktor Cinta =D

Assalamualaikum :D

Tuu dia , lama gila kot aku abaikan aku punye blog ! Dah bersarang dah ni :/ Sarang ape kau nak , semua ada ! Kalau nak , mintak laa . Aku taknak simpan sangat la sarang buruk nii . (Cukup la mukadimahnyaa)

Berbalik pada topik asal i , 'doktor cinta' ! Hehe . Sejak bila aku daftar jadi doktor cinta plak nii ? Arhh , lantak laa . Janji , aku jadi doktor cinta ni bersebab . Tapi bila nak di fikirkan balik . Layak ke aku ni jadi doktor cinta ? Kapel pun tak , nak jadi doktor cinta . (Tapi tak bermakna aku tak pernah kapel) Kecundang di tengah jalan (T_T) .


doktor cinta

Flashback*

Dua tahun lepas punya lahh syok , kapel dgn satu sekolah , satu kelas , dia ketua , aku penolongnya . Tapi kitaorang lain kos ! Tapi tak sangka , 'pelamin anganku musnah' (jiwang siot) Dahh , cukup ! Time nak exm SPM plak kitaorang break , macam babeng kn ? Lepas tuu , aku usha kawan dia plak . Wahh , sangkut ! (Kejap je aku brubah hati kan) Lantak laa , aku bukan nak maenkan dia . haha . 

Ape yang aku melalut panjang sangat nih ? Back to my story ! 'Doktor cinta'

Macam ni , nak di jadikan cerita la kan . Tadi , before aku pegi exm Foundation English . Aku dpat call dari kwn Ex aku , Azwan namenye . Nak angkt call pun teragak-agak . U know y ? Mne prnh dye call aku . Kami dpt no hp pn , just msg . Klau call pun , aku yg call dye . Tapi ni laen plak jadinye . Lame jugak aku biakan , sebab dalam otak aku ni . Ad macam-macam soalan kau taw tak ? *Kenapa call? *Tertekan ke? * Keypad rosak ke? Ewahh , banyak plak soalan nyaa . Haha .

Lepas tu , aku angkat je call tuu . Takut la pentingkan ? Bile aku angkat je , keluar suara bapuk/nyah mana pun tak taw ! Teruk bak hangg ! Aku punya gelak , tak jadi nak iron tudung . Senget betol dye kan ? Azwan ni maen-maen plak dye . Lepas tu , cari LUTFI plak katanyaa . (*Lutfi tuu EX aku) Perli betol la pakcik nii . Kalau dekat , ingin je aku sepak dia . Ishh , macam gampangkan maen sepak-sepak orang ni . Haha . Nak jadi Hulk ke ? Haha . 

Lepas dye berbalik pada jantan dia yang asal tu , baru laa aku lega . Takut jugak kan , sakit bapuknya makin menjadi-jadi . Risau jugak aku , dapat kawan yang berubah tiba-tiba ni kan ? Eh,eh ! Bila dye berubah . Menyanyi plak dye ! Eii , macam-macam masalah plak dye ni . *Lagu Galau , tak silap aku laa . Aku pun biakan dye dgn lagu nya tuhh . Bia dye lepas tension melalui nyanyi dye tuu . Takkan nak marah plak kn ? Tak elok marah orang ni .

Siap je dye nyanyi , baru la dye luah . Yang dye ni get problem dgn GF dye . Pelik jgk kan , kenapa mengadu kat aku ? *Nak buat aku jeles ke ? Tak laa ! Rupa-rupanya nak mintak pendapat . Haha . *Bermula lah kisah , aku menjadi doktor cinta . Haha . Nak gelak sakan ni , jadi doktor cinta . Keh keh ! Hubungan aku pun tak boleh nak selamatkan , ni nak selamat hubungan orang plak . Hahaha . Ape-ape pun , aku try de best je laa . Dye mintak pndpat nak pujuk si GF nya tuu .

*aku kasi dlam bentuk point yee ! Ni aku ingat nak kasi kat azwan je , tapi tak salah kalau nak share dgn kau org semua .

- Belajar luah perasaan setiap kali sms / otp .
- Try faham perasaan pempuan ni (complicated sebenarnya)
- Kadang-kadang , mulut kata Yaa , tapi hati dye langsung tak merelakan .
- Pempuan ni , tak suka ada posmen ! (Contohnya , kau suruh org laen pujuk dia . Mesti dye rasa , yang kau ni tak pandai nak solve problem sendri.)
- If dye cakap 'tak suka' . 'tak suka' lah jawabnya !
- Jangan biar dye rasa diri dye di abaikan .
- Jangan buat dye ingat kisah silamnya , jika dye dalam proses melupakan (buruk padahnya nanti)
- Sentiasa bagitaw , yang kau sayang dia .
- bagitaw , yang dye je dalam hati kau .
- Jangan mungkir janji beb ! Jangan SUMPAH , if tak betol .
- Even dye tgh tido sekali pun , cube hantar teks romantik . Bia dye bangun pagi esok , hidup dye penuh dgn kasih syg kau tuhh ! Senyum sampai ke telinga ke , kan ?
- Kalau dye merajok , cepat-cepat pujok !! Jangan sampai dye pujok hati dye sndri . (Pempuan ni , bila dye dah pndai ubat hati dye sndri . Tu bermakna , tanpa org laen pun dye boleh wakeup ! Masa tuu , muka kau pun dye taknak tengok !)
- Bagi hadiah yang romantik , yang ada tulisan . Bila dye tgk , dye ingt kau tuhh .
- Buat lawak ke , tapi jangan lawak bodoh plak . * Buat lawak, tapi dye tak gelak . Makin bertambah la annoy dye tuu.

Ehh , banyak sangat la plakk . Erm , cukup la tuu kan ? Sapa nak guna , dipersilakan . Tak nak ? Lantak kau laa , ade aku kesah ? 

# U , i sayang u taw . I harap we dapat kekalkan hubungan kita ni . I tak nak ada orang lain dalam hubungan kita ni . U nak taw tak ? I tak pernah sayangkan someone sampai tahap macam ni taw . Dengan u , baru la i jadi macam ni . I nak jadi yang terbaik untuk u . I nak jadi orang yang akn u sayang sampai akhir nafas u . I harap u takde orang lain selain i . Setiap orang akan rasakan yang diri dia akan lebih menyayangi pasangan nya . Macam i , i yakin yang i sayang u sorang je . I tanak selit orang laen dalam hati i . Please , faham hati i . I nak kita semai hubungan kita ni dengan saling percaya , jujur , setia , ikhlas menerima . Please , terima i macam i terima u . Mulai saat ni , masing-masing ubah perangai oke ? Dari negatif ke positif . Percaya la , i sayang u . I nak simpan nama u (nama dye) dalam hati i , hingga nafas i yang terakhir . 

Tuu diaaa , maut ayt aku ! Tak pernah lagi aku berjiwang sampai tahap ni . Keh keh !
*Nak c/p pun takpe ayt ni , tukar la I U versi korang . Oke ? 

Tuesday, 23 July 2013

METROLOGY TEST

Assalamualaikum =D

Haii guys ! Today , done aku ada test for metrology . Selesai sudah satu masalah , lega dah hati ni . Soalan tadi pun tak membunuh sangat , cukur sekadar buat aku senang hati utk answer the question .

Lect aku , si Madam Farah pun oke hari ni . Mood dia punya la cun , sampaikan latihan sime bar . Mudah je nak buat , suka suka suka suka ! ( Gedik kan ?) Hahaha . Tapi ada pulak yang kejar aku . You know what ? Lab work !! I hate that , also ada setiap kali masuk tajuk baru . Ingat best ke buat babeng tuu ?

Btw , kena buat jugak . Terpaksa la katakan , lau tak buat maknanya . Aku kena say 'bye' to mark yang cantik . hahaha . Bukan stakat tu saja , kena study untuk final exam . Macam gampang , tapi macam nak lempang ! Arhh , tension !

Aku rasa macam susah jerk . Kau lah tolong ganti aku , aku tak sanggup nak tgk soalan tuu . Feel aku macam dapat detect , mmg susah ! Lau betol laa , comfirm aku tak leh jawab . Kalau tak pun , muka aku akan cium meja yang buruk tuu . Err , annoyed ! -_-''

Aku sebenarnya tak berapa faham yang madam ajar . Slow je , macam tuan dia . Bukan nak kutuk weyy , but its true ! Kau tak duk tempat aku , kau mmg takkan rasa weyy . Dah la question yang akan dpat tu susah , tak gampang weyy .

NOTE : Belajar lah , walau tak suka sekali pun . Bukan sebab minat , tapi terpaksa =D

Monday, 22 July 2013

ALHAMDULILLAH =D

Hye olss !!

Syukur sangat-sangat aku dapat balik facebook aku . Err , nasib aku ni patern berani nak test something dalam Laptop aku . Lau tak , sampai tua kot aku tak dapat bukak fb aku yang tuu .

Extension ni kann , suka bersembunyi dari akuu . Tapi akhirnya aku jumpa kau jugak ! hahaha (gelak evil) . Ingat taw , kau jangan jadi macam aku . Suka add-on application yang ntah ape-2 tuu . Nanti laptop kau jadi gila babeng ! Kau nakk ? Tak nak kan , so jaga yee .

Sunday, 21 July 2013

SPAM !

Assalamualaikum =D

Err , walau hati tgh marah . Salam tetap kena kasi kan ? Nak bgtau yang saya ni , baik lagi walau tgh marah ? Kau , jgn nak ckp aku perasan yaa ! Aku tumbukk muka khau bhaa ! ( Sejak bila aku jadi org Sabah plk ni ? ) Arhh ! Abaikan !! 

1st , aku nak luahkan yang aku tgh frust gilaa . Sebab ? Facebook aku kena SPAM ! Babeng je aku rasa , sapa yang cipta virus tuu . Dia tak taw ke , yang facebook yang tu aku sayang gila ? Kau nak taw knpa ? Sebabnya , friendlist dalam tuu hmpir 78% aku kenal taw ! 

Lau aku kena SPAM , camne aku nak contact dgn dorg ? Kalau kau kena macam aku , apa kau rasa ? Best kan ? Err , sengal nya question aku nihh . Ya Allah , aku nak balik facebook aku yang tuu . Even aku ada 3 akaun facebook sekali pun . Ia takkan sama dgn yg pertama ( amboi , mcm awek plkk )

Anyone , boleh tolong aku tak ? Amma , comfirm takde ! Sebab , kau tu bukan ada follower pun . Sedar diri tuu sikit ! ( kena ats btang hidung sndri daa ) . Aku nak nangis nii (T_T) , over plak aku ni kan ?

Heyy , penggodam ! Kau ni kejam betul kan ? Hmm , nak jadi ke story laa . Camne ni boleh jadi , sebabnya aku suka try something yg baru taw . Asyik nak add-on jee , biar aku tak sure ape ke jadah nyaa . Kenkadang main ibai jee , budak baru nak up la kata kann . ( ngaku ! )

NOTA : Jangan memandai nak add-on application yang tak pasti function nya !

Friday, 19 July 2013

PLKN

ASSALAMUALAIKUM

Baru semalam update entry , hari ni nak post lagi . Tamak tol aku ni kan ? Haha . (kenapa aku suka ?) Bukan nya lawak pun kan ? Amma ! Kau mmg dah buang tabiat . Stori mori pasal PLKN ni sbnar nya dah lama past away . Tapi baru sekarang terdetik dalam hati nak share2 dengan kau . Alaa , biasa la tuu . Aku bukan rajin sangat . Tapi comel + cute tuu wajib ada la kan ?

Di pagi yang indah , saat burung keluar dari sarang mencari rezeki . (ada bakat jadi guru kan?) . Aku pun turut sama keluar cari rezeki . Mana boleh , biar burung je kaya . Aku pun nak kaya jugak , ye dakk ? haha .
Sebenar nya tolong mama aku kat pasar je . My mum b'niaga kt pasar borong tuu haa . Pasar Besar Dungun tuu . Aku cakap pun bukan kau nak pegi , ye dakk ? (sia2 je) .

Punye laa syok b'niaga masa tu , hp aku b'bunyi '' tuttututut tutuut bla bla bla '' . Makna nyaa , ada sms laa tu . Abaikan 5 minit , then baru bukak . Bila bukak jee , nak t'cabut haa lutut aku ni . Menggigil !!! Sms tu b'bunyi :-

''Tahniah ! Nur Amalina Binti Zamri , K/P 951218-11-**** . Anda telah terpilih untuk mengikuti
Program Latihan Khidmat Negara . Sesi 13 Kumpulan 1 , pada 04/01/2013 . Bertempat di
Kem PLKN Saujana Jabi Impian , Besut , Terengganu .''
  
Kurang hajoo ! Sms tu cakap tahniah ? Tahniah palotak hang , aku tak nak pegi la mangkuk ! Lepas tu , ape lagi . Aku kasi taw la kat mama . Eh eh eh , dia gelak kan aku ? Kurang asam jawa betol mak aku nihh , bukan nya nak membela anak dia yang comel ni . Mama tak sayang ke , muka anak mama yg comel ni gelap ? Nanti takde org dtg meminang taw ! Turun la maskawin aku (T_T).

Balik tu aku bawak LORI ! Haaa , kuat tak aku ? Hmm , jgn pandang aku sebelah mata taw . Aku comel bukan sebarang comel . Tapi comel yang gagah lagi perkasa . Alaa , bukan aku bawak lori besar tuu . Lori saiz standart je weii . Aku bawak pun sebab terpaksa , ayah aku dah pegi jaga kedai . So , nak ke tak nak ke . Mmg muka comel aku ni la yang kena bawak balik lori tu . haha (tak lawak k) . 

Sampai je depan rumah , 1st sekali mata aku dah terpandang dekat box surat tuu . Ada satu surat tersembul keluar , nak bgtau besar nya surat tu . Sampai tak muat box surat rumah aku . Mybe lepas ni , aku kena sedia kan tong sampah yang berpenutup kat depan rumah . Replace aku punye letter box rumah aku . haha ! Aku buat lawak ni , ketawa laa ! Tak kesian kat aku ke ? (annoyed kan).

Lepas masukkan lori aku dalam garaj , cepat2 aku pegi kat box surat rumah aku . Tarik surat yang besar tadi tuu . Berat plak tu (perlu bgtau ke ? ) Tgk kt muka depan , ada tulis nama aku . Aikk , lagi aku heran ! Tak pernah sebelum ni dapat surat tebal macam tuu . Last aku dpt surat pun  tahun lepas , tu pun kad raya dari kawan kelas aku . Hmm , tak romantik lgsung kasi kad raya yg 20sen skping tuu . ( sedap plak aku merungut ) . Kwan kasi kira dah oke la tuu , ada jgk kwan ingt aku kn ? Klau kau jadi aku pun , mula2 kau rasa mcm tu jgak .

Aku baru keluarkan separuh surat tuu , aku dah dpt guess surat apa . Kau mesti dah dpt rasa kn ? Haa , kalau kau dpt rasa ! Mkna nyaa , surat tuu mmg kuat naluri nya . Sampai kau pun boleh rasa . Babeng betol surat tuu ! Rasa mcm nak buang jee . Err ~ tapi takut la plak kan ? Sbb tu surat dri gvment . Tak pasal-2 beraya dalam hotel pagar besi tuu . Ehh , tapi best duk kt sna tau . Dpt gelang percuma (gari) , bju percuma (baju belang tu) , makan dorang tanggung , tmpat penginapn sempurna (lantai) , pagar cantik (pintu lokap) . Masuk sana mmg save bjet laa . Nak try ? Col 999 , NOW !!! haha

Aku dpt surat tu , 28/12/2013 . Tarikh pegi sana 04/01/2013 . Kejam wooo , tak kasi aku rehat kat rumah . Alaa , jelouse la tuu . Haha . Mlm 03/01/2013 , baru aku pegi mdical chekup , beli brang2 , mintak cop bagai . Haha , suka tol aku buat krja last mnit . Lepas tu , mula menggelabah ! haha .

04/01/2013 , hari Jumaat rigth ? Arhh , lantak laa . Ehh , kau jgn nak rajin sgt pegi selak klendar tuu . Duk je dpn screen , read smpai hbes ! (jahat nau aku ni) . Alaa , bukan selalu aku mrah org . haha . Oke ! Dh smpai dkt stsen bas . Tgk rmai org , mcm lalat hinggap kt taik . Teruk nau peribhasa aku ni .

Aku pun pegi la bratur , tggu turn nak dftar diri . Lpas dftr , dorg suruh naik trus kt bas . Kejam !! Dah la aku tak brekpes lagi . Damn !! Aku pun pegi kt mama dgn papa . Slam tgn dorg , kiss pipi dorg kiri kanan . Hmm , macam nak mati plak aku nihh . Ehh , kau jgn nk doa mcm tu . Aku sepakk kang !

Naik je ats bas , sibuk duk lmbai2 tgn kt mama dgn papa . Amboii , mcm nk pegi oversea , ye dakk ? haha . Maka , berlabuh la bontot aku ats seat bas tuu . Ada plak minah kurang asam , duk tepi aku . Salam tak kasi , senyum pun idok . Hieshh , mahu je aku ngapp budak nih . haha ! Sombong sgt , sape tak geram kan ?

Dah org sombong , kita balik laa . Lyan ape org mcm tu ye dak ? Aku trus pejam mata , ZzzZZzzZ . Sedar tak sedar , dah nak masuk pntu gerbang rumah hantu tuu . Aku sedar pun sbb bas tu sibuk menari-nari (lopak air byk sgt) . Mklum laa , bln January kan . Musim bnjir ! Hmm , tenggelam la aku .

Trun dari bas , dpt arahan kumpul kt dewan . Sbb nk bgtau kmpeni then no bilik . Aku dpt kompeni Alpha , bilik A2 . Sebaik je melangkah kaki msuk bilik . Aku trpndang someone ! Hmm , ni bukan babak jatuh cinta yee . Sapiahh ! Budak sekolah lama aku msa Pom 3 ! Wahh ! Excited yoo , dpt jmpa dia . Kurang2 ada geng klau nk kutuk org pun kn ? (nmpak tak akal setan dah dtg?) haha . Apelagi , trus book ktil tpi ktil dia . 

Kemas2 brg bagai , lepas tu pegi makan . Lpar woo ! Dari pagi tak mkn nih , mcm2 lagu dah ada . Yg pling byk lagu rap la . haha . (tak lwak pun) -__-" . Lepas mkn , msuk blik then mula kan sesi p'knalan . Yg lucu nya , 3 bulan aku duk sana . Aku still xingt nama roomate yg hujung2 . Sbb aku xrpat dgn dorg , dorg budak alim . Mana nk gaul dgn org mcm aku . Excited semacam jee . haha . 

Esok hari nya , bangkit dari tidur kul 4.30 pgi . Mandi manda , rehat kjap , solat subuh . Terus berlari berkumpul kat padang . Pnat kot , kena kawad bgai , nynyi lagu ngaraku ! Err ~ sengal tol . Masa sekolah dulu , mana aku prnh nynyi lagu ngraku . Hahaha . Ckgu pun tension nk mrah aku .


                                                          Kau nampak x , butang sampai atas ? haha
   Ni la Safiah nyaa , col dia Phia oke ?

                     Nak ambik aku jadi Istri/akak ipar/adk ipar/menanti la tuu ? Awesome tol ! haha
                 Ni Arar ! Sifat kwanita dlm diri dia tak berapa nak ada , huhu . Tp dia cool !
     Ni Eya ! Si comel molek from Kelantan . Cute kn ?

''Pic kat ats 1st day kita org kt sini =D''


Esok nya , kami terima lagi last intake dari jurulatih . Dlam 4 org lagi , dorg ialah Eika , Wani , Asma dan Yati . Huhu , semua nya comel2 dan awesome ! Tapi tetap tak dapat kalah kan kecomelan aku . Harap maklum . haha . Kami pun melayari laa hari2 kat sini dengan penuh suka dan duka .


 Kami selalu hepi bersama =D
 Sebelah aku ni Eika .
 Eya yg comel !! Tapi tak boleh kalah kan aku .
 ni Eika oke ?
 Eika dgn wani , mmg rapat kt sne . Sbb dorg dri sekolah sma .

 Sarah , Zirah , Wani , Eika
 Ni time pegi Jelalah Janji Di Tepati .
 Ni latihan untuk Senam seni , ada persembahan last kem .
 Ni tgh syok nynyi lagu yg ntah ape-2



 Yang ni time nk buat aktivti Bersama penduduk .

 Guess tgn aku yg mna =D




Syok duk sana ! (baru nak ckp syok) . Masa dtg awal2 , histeria aku bila nak masuk sana . hahaha . Hepening gile kott , budak laki semua sporting . Takde yang kaki buli , kaki kutuk . Totally takde oke !










 Ni pic malam last kita orang . Bertemakan pakaian 60'an .
Cun kan ? Jgn nak menafikan . haha

Nota : PLKN ni best sebenar nyaa . Tapi untuk panggilan 1 mcm aku jee . Lau dpat panggilan ke3 , JAHANAM !

Kehidupan baru :D

ASSALAMUALAIKUM :D


Haii , lama betol la aku tinggalkan Blog aku ni . Dah bersarang kan ? Sarang ape korang nak , semua ada . haha ( tak kelakar oke ) ! Kalau ikutkan aku create Blog ni sebab nak luahkan perasaan aku yg tgh kecewa dulu . Tapi sekarang , aku dah move on . So , aku delete semua pos lama . Haha ( perlu ke bgtau sbnrnye -_-' )




Korang nak taw kenapa tajuk entry aku Kehidupan baru ? Sebabnya , now aku dah mulakan hidup baru di U ( UniKL MSI je ) kt Kedah ni haa . 1st time jejak kaki kat sini , hati aku ni dup dap dup dap ( over lak aku ni ) . Yela kan , selama ni tgk orang je masuk U . Ni time aku plak , macam tak caye je . Nway , aku kena kuat kan semangat aku ( sbb aku yg gatal nak dtg sini ) . Naseb la tempat ni bukan dalam hutan , kalau dalam hutan sumpah !! Aku cabut larii ( penakut aku kn ? ) haha . Nak tengok pintu depannya ?


                                                         tengok nii :-


                                           Amacam , Grand tak ? Jangan jelouse taw ^__^


Sampai je dalam dewan tuu , fuhh ! Darah gemuruh mula menyerang , naseb tak terberak ! ( nak cakap ramai sangat orang ) . Masuk tu , aku terus pergi dekat kaunter pendaftran , then take fail dari senior yg b'tgas mase tu . Isi segala segali mak bapak dalam tu , lepas tuu serah balik kat dorg . Yang pling tension , dapat plak angka giliran ke 89 . Mse tu , bru no 77 ! ( nak sepak jee meja senior tu ) . Alaa , salah aku jugak datang lambat kan ? ( cepat sgt suhu sawan aku naik ) haha . Tak lawak pun ( jgn la sukaa ! ) . Tgh syok 'lepaking' ats kerusi . Dgr plak pengumuman :-

'' perhatian kepada ibubapa pelajar , anda di minta hadir di Lect Hall A . Bagi sesi penerangan pembiayaan pelajar ''

Hmm , dalam hati aku dah sumpah seranah dah . Comfirm2 aku kena duk sorang dalam dewan puaka ni . Err , geram betol ! Keluar tanduk jin aku mase tu ( takde la ) . Mama dan papa aku yang kiut miut tuu dah tinggalkan aku . Tinggallah aku meratapi naseb yang malang ( bermadah pujangga siket ) . haha ! Tgh elok layan lagu atas kerusi tuu . T'dgr plak suara seram ( annouce laa ) :-

'' no 89 , sila ke meja A ''



Kepala aku ni haa , macam robot . Berpusing cari kat mana meja tu , rupa2 nya depan mata aku je pun ( shiall ) . Pergi punya pergi , Madam ...... ( x ingt lorhh ) ckp aku xbyar lgi yuran . Aku mase tuu dah naek hantu . Kurang asam , dia cakap aku xbyar lagii . Serta merta aku sruh dia chek dlm list byaran . Last2 , yg aku byr tu , byran pndhuluan . ( malu kot mase tuu ) ! Muka aku ni dah la comel , bila malu plak bertambahlah kecomelan nyaa ( jangan jelouse ) . Then , aku terus byar yuran tmbhan tuu . RM 585 ! ( baek bli hp je kan ? ) Urm , lepas sattle semuanya . Sorang senior lelaki ni iring aku pegi  bilik HEM utk get kunci bilik , ( bkan snang nak jdi 'Datin' kan ) .


Smpai kt bilik HEM , kena test baju plak !! ( cerewwet tol ) aku dah la byk brg kt tgn . ( mahu aja aku tamparin nyaa ) . Ltak fail dgn beg kt tepi , test bju dan get kunci . Tgk angka dekat kunci tuu , CV316A . Hmm , mcm syok je angka tuu . Aku pun merangkak then b'lari pergi kt hostel ( nak tgk tmpat yg akn jadi tmpat bahan kumbahan aku ) haha . EEEII , kotor betol aku nii . hahaha . Biasa la kann ? ( mcm la korang tak kencing dgn berak ) hahaha . Sampai tingkat dua , cari angka tadi xde . Naek la tingkat tiga plak , JUMPA !!!! haha . ( comfirm mati cepat ) hari2 naek tgga tiga tgkat . Sempott mak oiii ! Jadi bangkai la aku nanti . hahaha . Mesti korang nak tgk aku jadi bangkai kn ?



Bukak je pintu bilik tuu , terus aku booking tempat yang paling cun ! Iaitu , katil patern single ! Huahua , org laen , lantak laa . ( kejam plak aku nih ) . Lpas plih katil , plih locker plak :D awesome btol rasa nyaa , sbb locker aku sorang je ade cermin ! Kalau korang nak taw , bestfriend aku cermin laa . Langsung tak menipu , jujur plak tuu . huahua ( gila ke aku ni ? takkan ? ) . Bila dpt tmpat cun , kena tulis memo skit . Yg tmpt 'Amalina yang punya' ( bkan hrta Ahmad Albab ) . Siap tulis , aku turun pegi cari mama dgn papa aku . Makk aii , turun kemainn laju nyaa . Naek , mcm ada btg balak ats bhu . #Kurang hajoo .

Then jumpa la mama dgn papa aku kat bwah , kitaorg sama2 pegi kt krte nak angkut brg . Beg aku pnye la berat , smpai 6 kali b'hnti kot ats tgga 'bertuah' tuu . Hangat chekk oii ! ( ckp Kedah plk ) . Smpai dlm bilik 'pelabuhan bontot' tuu , terus punggah barang . Simpan yg mana sempat laa , xkn semua kot . Larat plk mama aku nak tggu ank dara comel dia ni mengemas . Mmg comfirm tak la kann ? Haha . Siap sumbat brg dlm locker tuu , aku trus trun pegi kt krta blik . Dari my papa yg mlas nk naek tuu , haha ( kejam pnye ank ) . Jumpa papa , dia terus ckp ''adek , jom kluar mkn'' . T'dgr sja ayt tuu , ibrat diri ku brada di awan-awangan . Sbbnya , aku nih hntuu mkn . Mana tak gemuk aku nii ( sedar diri plak ) .

                             
               Tadaaaa ! Comel kan ? Please , jangan nak menafikan benda nii . Tak suka ? Nyah kau dari sini .

Papa aku pun start la kereta , keluar dari hostel perempuan yang di kasi nama Casa Valensia . huhu . Sampai depan pndok pakguard , unc tu tnya nak gi mana . Papa aku ckp laa , ''nak bawak anak kluar mkan jap cik'' . Pkguard tu bgtaw '' Hntar anak sblom pkul 2 yaa , sbb dia akn ada taklimat '' (sengal betol laa) .

Punya la syok melantak kat kedai makan tuu , sampai tak perasan . Jam dah pkul 2.10 pm , bangang pnya jam xbgtaw aku ( aku dah start mggilaa ) haha . Cpt2 kami blah dari kedai tuu , smpai je depan blok Lect Hall . Aku trus buat aksi krtoon ! ( filem yg d'tarik ) nak bgtaw laju nya aku nihh . Salam tangan mama dan papa . Lambai2 tgn skit , dorg t'pksa balik Terengganu ptg tu jgk . Tak sempat nak buat babak sedih sikit !

Bukak jee pntu Lect Hall , semua mata tgk aku . Tak prnh tgk org ke , abg kakak ? (gertak dalam hati jela) Kalau aku gertak guna suara merdu aku ni , mahu mati aku dlm hall tu . Hmm . Cari tmpat dduk , buat slamber jee . Mcm hall tu bapak aku pnye ( kesah plak aku ) . Yg handle program ni plak si senior . Pggil plak bro2 sis2 . Hish , Terengganu org beradab weii . Takde bro2 nii , pggil je akak @ abg . Bukan t'cabut pun gigi tuu ( mual plak dgn pgglan tuu ) . Serius !! Boring gilee , naseb tak t'tidur je dlm hall tuu . 

Lpas taklimat tuu , terus balik bilik . Kenal2 dgn roommate aku , sorg org perlis , sorg kelantan . Wow ! Mkna nyaa , aku mmg takde masalah kalau nk kmunikasi . Sbb mama aku asal perlis , aku ada fmly agkt dkt klntan . So , apa pun bolehh =D


                       Layan nescafe masa tgh tlis entry nii , halusss (tgn usap ats kepala)

Note : Allah dah tentukan dengan siapa kita berkawan , cuma kita je yang kena menjaga tingkah laku , kn ?