Last month , si Puan Mama roger guwa suruh balik kampung sebab my grandma buat kenduri kendara sikit . reason ? Dia nak 'naik rumah' . kau faham tak ? mesti tak kan , sebab aku tak explain . 'naik rumah' ni ibarat kata , kau beli rumah then nak rasmikan rumah tuu . so , si nenek aku ni jemput la jemaah kat surau sebelah plus jejiran tetangga dan tetingkap . Over word plak aku kan ? haha . tak kelakar oke !
Oke , malam tu after Maghrib mendarat la aku di bumi Terengganu kat rumah grandma aku tuhh . Nak dijadikan cerita la kan . Sesampai je aku depan pintu tuh , kazen guwa si Haikal Arif ni datang serang , dah macam aku ni Angelina Jolie nak mintak sign , haha , dan !! dengan bahagia dan takde masalahnya terus rentap aku punya sluupee yang aku beli masa kat stesen bas . haha , kemain ko stesen bas buruk pun ada 7e . Kalau kau tengok , dah ala-ala blok Highland Tower dah . huahua . err , aku yang story ni pun dah seramm . hee :D Tapi yang pasti muka aku memang iras iras Angelina Jolie . Muktamad ! kau jangan nak nafikan oke , pantang aku lau orang bangkang ! hahaha .
Lepas aku masuk rumah , aku terus serbu bilik yang dah memang tersedia untuk anak cucu kalau balik kampung tuhh . senang kata , rumah baru tu banyak bilik . memang nenek aku sengaja mintak macam tuh . maklum la anak dia ramai , cucu apetah lagi kan . hee :D lepas letak beg , mandi dan solat . aku terus lepak kat hall rumah tuh , duduk ala gaya tuan rumah . nyaris tak tertidur atas sofa yang nenek guwa order dari Australia . fuhh , rumah baru la katakan . perobot pun kena baru , tapi sofa tu auntie aku yang hadiahkan . auntie aku kaya sangat , kat rumah tidur atas duit mybe . huahua . company dia dah merata rata ! camna la otak diakan ?
Haaa ! tengah asyik dan syok guwa mendarat tuu . Kazen aku yang kecik si Haikal tu datang lagi . Tapi kali ni dengan surprise sebab dia ada sebut one word ! ayat dia camni :-
"auntie ma , 'lit lat' , eiiii"
aku dengan selamba , cakap la kat dia . ''auntie takde coklat laa . tak ingat la beli tadi . esok kite keluar beli oke ?'' dia gelak , then blah . dalam hati aku , dah memacam dah kutuk budak ni . aku ajak beli esok , dia gelak . bukannya nak seronok ke hape . jangan-jangan budak ni tak betul takk ? haa , mati la kalau betul . kena rawat secepat mungkin nih . hehehe . takde laa , saje je acah ayat .
sekitar pukul 8.30 nenek guwa panggil untuk makan , dinner la katekan . choyy , duk hostel tak terjaga langsung makan minum aku . ada sape sunggup nak jaga makan minum aku ? haha . dah merapu aku nih . masa kat meja makan , again Haikal datang cakap and tunjuk :-
"auntie ma , 'ada lit lat' , eiii , takut "
Dan masa tu jugak , dia hala kan tangan dekat aku . Tapi bukan tepat pada diri aku yang baru nak duduk atas kerusi nih , tapi belakang aku . ishh , aku hempuk jugak budak ni dengan kerusi nanti kang ! Dah tetiba cakap takut . Mintak coklat pun , takut kee ? aku pun dengan dahi berkerut , dah ala ala nenek kebayan . terus berfikir pasal "lit lat" yang dia cakap tadi tuu . makan pun dah tak berapa nak laju . Biasanya , aku la yang paling seronok bila dapat makan lauk peberet food aku . lauk tu secret , nanti kau minat jugak . hahaha . jahat nau ! kau jangan tiru sifat good good aku ni . aku kapit kepala dengan lap top aku nih kang !
After makan , aku stay lagi dekat meja makan dengan akak aku berteman lap top sebijik dan nescafe suam . aumm ! syokk woo . Terasa indahnya dunia ! hahaha . masa tu dah pukul 9.30 tak silap aku . hmm , abai jela psal jam tuhh . tak penting gak ! hee . DAN ! si kecik datang lagi , duk kat sebelah aku then cakap .
" auntie , buat ape tuu ? "
'' bukak facebook sayang , kenape ? ''
" uhh , takpe la auntie , Haikal nak gi kat ibu . dekat sebelah auntie ada lit lat , takut lah ''
'' Haikal , cuba cakap kat auntie 'lit lat' tu ape? ''
dia terus blah , langsung tak toleh .
Haram punya budak , dengar ayat dia . aku dengan akak aku saling tentang mata . terfikir , ape maksud Haikal tadi tuh . puas aku perah otak keringat aku , ingat balik story lama . kot kot aku yang sebut bende tuh kat dia . aku siap guna perkhidmatan Miss Google dengan text beberapa orang kawan aku . untuk tanya , ape itu 'lit lat'.
Lastly , aku mengalah jugak . tak dapat cari jawapan dia nih ! akak aku plak buat muka satu ringgit je , macam takde masalah dalam hidup dia . aku pun pegi kat dapur then terus cari nenek aku , then tanya buat julung kalinya pasal that word . aku dengan muka selamba badak , tanya laaaa :-
'' nekk , nek tahu tak nape Haikal sebut lit lat ? Dari tadi dia duk sebut . puas fikir dah , tak jugak ada text yang amma terima . ibarat msg yang amma hantar not sent . ''
" uhh , lit lat . tuu sebenarnya pontianak , ayah dia ajar , sebut pontianak tu 'lit lat' bila tengok cerita hantu . kalau dia degil , ayah dia usik la , cakap ada 'lit lat' ''
O . M . A ! ohh my Allah .
Benda yang haikal tunjuk tu hape , kat sebelah aku hape , kat mana 'dia' duduk sebenarnya ? pehal plak 'dia' nak follow aku ?
Sampai dalam bilik terus kunci . dengan nafas naik turun . jantung dupdap dupdap ! tak berani nak pusing belakang . kang tak pepasal . 'lit lat' muncul ! mahu mati berdiri aku nanti . ehh , over plak . tak nak ahh ! kalau betul ada sekeliling aku masa tu , memang aku akan kepit kepala 'lit lat' tu sekali dengan kepala Haikal . akak aku dah berketar dalam selimut . dia tu , memang penakut ! haram betul , ingat nak backup aku ni . apa punya akak laa !
Aku capai tower , gi mandi dan solat Isyak . after solat , mintak doa panjang panjang sikit . mintak jauh benda yang bukan bukan tuu .
Malam tuu , aku tidur himpit himpit dengan akak aku . punya la berdebar dan takut tahap dewa . haha . kalau aku ada suami , then jadi benda macam ni . SUMPAH ! masa tidur aku nak dia peluk aku . jangan lepas aku even sikit ! eii , seram nau .
Note : lepas ni kalau aku dengar Haikal sebut bende pelik pelik lepas ni , memang aku akan kepit kepala dia dengan laptop tanpa soal !
