Emas adalah ASET

Hanya orang celik EMAS dan HARTANAH, tahu kebaikan aset yang dibelinya hari ini pada masa akan datang. Orang yang mahu berjaya tidak akan melakukan sesuatu yang sia-sia.

Sunday, 4 May 2014

Dugaan (T_T)

Assalamualaikum .

Aku ni bagus sebenarnya , setiap kali pos entry . Salam tu wajib ada ! Haa , bukti aku bagus . Puji aku sekarang , haha . Over ko amma erkk ! Nak update sikit pasal , cuaca di Kulim . Sejak dua menjak dan bermenjak ni . Kulim tiap tiap hari disirami , dibasahi dan di 'cool'kan oleh rahmat Allah iaitu hujan . Ewahh , ayat ko amma oii . Angin kuat plak tu ! Sampai kenkadang , saja fefeeling macam citer hindustan tau . Lepas rambut , duk kat tangga belakang biar rambung terbang ke kiri ke kanan . Haha . Over kau amma ! Bagi aku , hujan ni kenkadang positif kenkadang tu negatif . Nak tahu kenapa ? Baca perenggan seterusnya !

Berarak mendung kelabuuu ! *ewah , nyanyi sikit .
gambar ni aku snap dari bilik aku .
*positif
Rasa tenang dan damai tu datang bertandang when aku mula serabut or mengada nak berfikir masalah dalam hubungan . Elehh , buat jiwang ko amma oii . Sape kesah kat kau hah ? Tak pun nak buat homework tu , berjalan lancar je dan tangan ni ringan nak buat keje . Tapi untuk hujan petang jela . Kalau hujan malam , macam nokharomm rasa malasnya . Ini semua kerja syitoonn niroojimm ! Hee . Aku ni jiwang gak sebenarnya erkk ? Bila hujan then rasa serabut . Duk tepi tingkap , tengok air hujan tu turun . Mengalir kat window bilik aku . Ewaahh , puitis betul hati aku nihh . Bila tengok air hujan tu mengalir kat tingkap tuu , rasa macam diri aku ni difahami . Sebab ada something yang turut mengalir when aku sedih . Aduss , amma ! Rasa nak sagat je muka ngko wehh . Ko mabuk ke ? Jiwang pelik je aku tengok . Kenkadang rasa bengok tu bertambah tambah , bila sengaja cari penyakit kat hati ni . Berfikir pasal orang yang selalu buat aku kecewa . 

*Negatif
Bila dah sejuk , rasa tu mula menggedik nak suruh aku tido . Eii , menyampah tau bila rasa tu coming ! Kenapa mesti rasa nak tido ? Tak rasa nak gi berenang ke , main bola sepak ke , main masak masak ke ! Aku tak suka rasa nak tido tu , sebab bagi aku tido tu membazirkan . Bila tido , mesti akan ada some part yang akan aku terlepas . Bukan sekali , but berkali kali . Aku ajar tido lewat ni dah lama . Thats y , aku susah nak tido start dari form 5 . Time tido aku tak tentu , sampai rasa nyesal pernah ajar diri ni tido lewat . Kenkadang , tido pukul 5 pagi . Bangun pukul 7 ? Haiihh . Rasa tak guna tak diri ni tau , bila tak nikmati rasa tido tu . 

*Bila story pasal hujan lebat plus angin kuat nih . Ingin guwa flashback sikit story lama !

3 years ago ~~

Pepagi hari Ahad yang cantik molek redup and so on (nak lebih lebih , tambah sendiri) . Aku ingin mempreparekan diri nak 'fly' to KL plus jemput Adam , so kene beli tiket kat stesen bas tu(naik bas dah la , taknak naik kapal terbang . Nanti kene hijack , mati aku ! Sesambil tu , pray for MH370) . So , aku pun dengan bangga nya . Capai kunci kereta , tekan alarm *twit twit , bukak the pintu , then pulas kunci ditempat sepatotnya . Aiyoo , satu satu kau explain kan ? haha . Eh eh eh , masa tu umur aku berape eh ? 15 tahun kan ? Dah reti bawak kereta oo . Dah first pegang stereng , aku pegang stereng lori masa form1 . Tipu sangatlah , kereta tak reti bawak kan ? *bangga kejap ! Haha . Riak kau amma !

Aku pun undur lah kereta dari park rumah aku tu . Tetengah drive tu , aku bukak lah radio volume 33 ! Bergegar speaker oo . Kalau papa Zamri tahu , masak telinga aku dibebelnya . Tapi masa tu dye tak ade , so ape lagi ? Kita enjoy ! Haha . Masa tu terdengar lagu Growl diputarkan . Rasa Heaven sebentar , even aku tak tahu maksudnya hape . Haha . Bongok berlipat lipat betol aku nih .

Sesampai kat stesen bas tu , aku tengok line hp guwa 'No service'. Alahai , cane nak contact Adam ? Haiyoo . Aku pun try call guna hp satu lagi . Damn ! Ni pun sama . No service jugak . Nak je aku pijak pijak hp ni tau . Tapi sayang sebab ni semua aku beli dengan duit sendiri . Punyalah try banyak kali , tapi tak dapat jugak . Rasa nak jerit je nama Adam kat situ tau . Dah la stesen bas tu besar gedabak ! Kat mana aku nak cari dia ? Lubang jamban ? Haihh , main main . Aku pun buat keputusan nak gi beli tiket aku dulu . after tu , pegy kat kereta balik .Disebabkan dah panas , so guwa buat keputusan nak start enjin kereta tu . Nak bukak aircond , nak hilang kan rasa panas ni sikit .

Lalu guwa pun pulas that kunci . Tapi ada bunyi berdehem sikit , ala ala batuk centukan . Oke , sekali lagi aku start . Tak hidup jugak , yang paling kejam . Tak bunyi apa pun ! Dah mati ke ? Woi , kau ingat orang ke ? Nak main mati mati ni ? Fuhh , berdebar kejap . Aku pun rilek kejap , selawat bebanyak . Then pulas lagi . Alamak , tak boleh jugak . Dengan radio radio pun bisu . Aii , main merajuk plak dgan aku . Haihhh ! Peluh dah lelaju turun merangkak kat dahi guwa . Panas ko tahu tak ? Panas dye tu lain macam je . Plus berdebar mybe . Rasa nak tampar je peluh ni , kenapa mesti masa ni nak kacau aku ? Aku tengok hp , still No Service . Aku tengok balance hp satu lagi . 6 sen ? Whoaa ! Rasa nak tembak je kepala sendiri masa tu tau . Tak guna betul , dah la aku tak mahir sangat stesen bas Kuala Terengganu ni . Ya Allah , ampun lah dosa hamba mu ini . Dalam otak aku , tak lain tak bukan . Ni mesti kerja battery ni ! Sebelum ni , kalau ada 6 sen aku marah sangat sangat diri aku ni . Sebab terlintas nak check . Tapi hari tu , aku rasa 6 sen tu . Macam anak aku tau ! Punya lah sayang . Kalau salah guna , memang died aku kat situ .

Berbekalkan 6 sen tu , guwa text lah guwa punya kakak . Suruh call aku balik . Dia pun call !

''ye , nak ape ?''

''wehh call papa , bagitau kereta rosak''

konghaja ! *dia gelak tanpa henti

''woi , nak kene tampar ke ?''

''ye ye , jap aku call !''

Lepas tu dia pun letak , tetibe aku tengok dia share kredit RM3 . Masa tu , rasa tak guna ada kakak . Aku suruh dia call , dia suruh aku plak yang call . Konghaja yang amat kau tahu tak ? Berbekalkan RM3.06 , aku pun call puan Mama . Nak jadikan cerita sedih . Aku call mama beribu riban , dia tak angkat . Huaa , lagi seksa rasa dia dari aku panas tadi . Sebab ni , hati naik panas sekali . Aku pun try call Adam , damn ! still No Service . Tadi masa aku tengah berangan kat rumah , tak nak plak repair awal awal . Masa ceni lah baru nak repair nye . Aku telan jugak Maxis ni kang .

Takpe , dalam otak . Papa Zamri ada ! Lalu aku biarkan jari aku menari ats keypad untuk call papa . And guess what ? Papa reject call ! Arhhhhh . Rasa nak je relakan diri ni berdiri depan bas . Kasi bas lanyak ! Huuaa . Tetiba sampai text ''Papa ada customer , jap lagi papa call balik'' . Aku pun keluar pegy duduk atas divider , pasrah , redha . Tak tahu dah nak buat ape . Rasa nak karang novel je ! Punya lah sedih cerita aku nih . Aku bangun , check bahagian depan tu . Ketuk ketuk sikit , mane tahu kot ada something longgarkan ? Nak dijadikan cerita lagi . Hujan start turun ! Bertitik atas otak aku ni haa . Dugaan apakah ini Ya Allah ? Bergelimpangan aku lari masuk dalam kereta . Dengan angin kuat nya , sampai bergoyang kereta ni haa . Dah la aku park kereta sebelah projek bangunan . Sesilap masa tu , bangunan tu roboh ? Huaa , engak sanggup guwe !

Aku pun toleh tepi , nampak si Adam tu . Berlari keluar pergi kat dia tau . Rasa nak pergi peluk then nangis kat bahu dia . Tapi aku masih waras lagi . Dah macam filem hindustan berdiri tengah hujan sambil cerita ape jadi . Tengah story kat Adam , barulah bertalu talu papa dgn mama call . Rasa nak lari jauh dari dorang , punya lah merajuk . Elehh , mengada lebih . Masa aku free free tadi tak nak call . Huhh ! Aku angkat call papa je , then ngadu sikit . Papa pun cakap nanti dia call mechanic suruh datang repair . Huhh , sedih tau . Aku dengan Adam lepak dalam kereta sambil tunggu mechanic datang . 

After repair tu , abang tu cakap . Baterry dah habes sangat sangat ! Macam tipu plak dia cakap sangat sangat tuu . First time tau jadi ceni ! Berdebar sakan ! Lepas ni , nak amek part time kat workshop ahh . Biar tahu sikit ape nak buat bila jadi something . haha . End story .

note : Nak keluar rumah tu , prepare siap siap ye . Jangan jadi macam aku .

Saturday, 4 January 2014

Birthday , New Year , Welcome :)

Assalamualaikum .

Hello , holla , helli , haluuu . Hee , hepi kau ! Lama gilee guwa tak masuk ke alam blogger ni . Nak tahu kenape ? Sibuk sikit ! Student life kate ngko !! haha . 

Haaa , first of all . Guwa nak korang ucap hepy befday kat guwa ! Befday guwa 18/December . Even dah lepas , ko tetap kene ucap . Hah ! Tak pandai nak ucap ? Meh guwa ajar , lu just baca .Tarik nafas dalam dalam and say .

'' Hai cute + comel ! Selamat ulang tahun yang ke-18 , sori lambat ! U lama tak update entry , so i tataw la befday u . Anyway , i doakan u di panjangkan umur , sihat selalu , hidup diberkati Allah , di dunia mahupun di akhirat . May Allah protect and bless u where ever you go . Aminn ! Comel kat muka tu mohon kekalkan oke ? Melting dah tengok . ''

Ohh May Allah ! Thanks dear , sudi lagi wish kat aku . Haha . Aku hargai sangat ! Aku harap , korang pun macam tu jugak ! Hehe . Jadi tak taktik guwa , nak suruh korang ucap ! Kau jangan nak memandai skip ayat berwarna purple itu , oke ? Guwa ni , tak boleh kalau orang tak wish befday guwa . Rasa nak hempuk hempuk je kepala dia dengan laptop !

Second , guwa nak ucap terimas dekat kawan kawan aku yang sudi wish befday aku , dalam facebook , twitter , wechat , whatsapp and so on lahh . Yang paling aku hargai , orang wish befday aku depan ! Rasa macam nak pegi peluk cium pun ade . kah kah kah ! Over action plak aku nih . hee ! Lepas tuu , tahun ni guwa dapat banyak hadiah . Wahh , terharu gile ! Rasa nak gile pun hadoo ! Hehe .



oke , caption untuk kek nih adalah :-
first , guwa nak say thanks giler dekat roommate guwa yang cool lagi ohsemm . 
sebabnya , sudi surprise kan malam guwa dengan kek nih . Even guwa dah spoilkan mood dorg !
Malam 17 dec tu , guwa lari dari bilik , takut kena tepung ! Dorang nih , panggil guwa dah mcam 
tarzan ! sebab guwa taknak balik bilik , sampaikan lilin yang dorang nyalakan dah menitik mcm 
air mata dorang ! Jahat aku kan , buat kawan kawan macam tuh . Guwa pun , dengan rasa simpati 
masuk dalam bilik , cincang kek tuhh ! (potong lah maksudnye) . Zatil pun buat buang tabiat dia , 
nak suapkan guwa ! Aku ni tak boleh sikit bab2 suap nihh ! Segan !! Nak boleh bukak mulut ,
tunggu la 5 minit baru ada respon ! haha . Masa guwa bukak mulut tuh , dia bukan suap kat 
mulut ! tapi tak pipi guwa . Aku dah target , ini akan jadi . Fuhh , siakk je !
Lepas tuhh , start la babak kejar kejar dengan kek di tangan . Ape pun , terimas !

Oke , cukup untuk caption kek ! Tapi tak habes lagi cerita untuk befday guwa . haha . Kalau blogger ni , aku boleh hold to talk macam wechat . Aku nak story sampai kau pekak ! Hahaha . Nak cakap best nya befday guwa tahun nih . Ni nak story pasal hadiah plak ! 
  1. aku dapat teddy bear besar from my ex !
  2. aku dapat teddy bear cute from Niza .
  3. aku dapat sweater and shirt from Zatil .
  4. aku dapat tudung from Mira .
  5. aku dapat dua buku 'berfaedah' from Faiz .
  6. aku dapat dua bear minion , from ? Ntah , hadiah tu misteri . Tetiba ada atas katil !
Haa , see ! Byk kn ? Harta aku just , dua teddy bear pink dengan koko , dua minion comel ,
tudung , shirt and sweater aku letak dalam locker . Malas nak ambil , nak tengok dtg sini . Haha .



 Haa ,ni lah buku 'berfaedah' yang faiz kasi . Tapi agak lewat la dia kasi , on 28/12/13
sedangkan befday guwa 18/12/13 . 11 hari kot lewat nyee .
 Eii , hangin je kan kasi lewat lewat ni .
Haa , ko tunggu la befday ko plak . Lagi lewat aku nak kasi .


Sampai sini je story my befday ! Now nak sambung story tahun baru . Dear alls , Happy New Year oke . Tapi ni for bangsa bangsa yang sambut jee . Aku tak sambut ! Bagi aku tahun baru untuk Umat Islam adalah bila tibanya 1 Muharram . Masa tu , baru betul nak cipta azam . Ni tak , asal tiba 1 Jan . Semua kalut dengan azam ! Ehh , ape nih ? Azam guwa ape ? Kau tak perlu tahu , bila aku dah capai . Baru aku share dengan kau ! Faham ? Sudah sudah , jangan paksa aku . Aku cabut hidung kang , kasi ikan dalam kolam makan . hehe .

Oke , yang ni plak ! Guwa nak ucap Terima Kaseh dekat orang baru yang sudi datang dalam hidup guwa . Boleh teman hari hari guwa dengan usikan dia tuhh . Sumpah guwa bahagia dengan kehadiran dia . Tapi guwa tak berharap sangat ! Sebab i'm second . So , mcm berat sikit laa nak 'berharap' tuu . Perit jugak la nak terima keadaan yang aku ni second . Tapi hati dah sayangkan ? Kenkadang terfikir, guwa lebih harapkan jodoh Puan Sal dan Encik Zamri . Nak kawen , kena ada restu Mama Papa kan ? Senang senang , kawen dengan jodoh dorang pilih jee . Kann ? Takpe laa , ada jodoh tak kemana . Takde ? Just redha , sebab perginya dia , Allah nak gantikan yang lebih terbaik .

Note : Seperti yang aku pernah story dalam entry aku sebelum nih . Kalau kita minat someone tuhh , jangan bagitahu . Biar dia sedar sendiri ,tapi kalau dia tak sedar jugak . Elok kau bomb je dye . Sekian bebelan aku untuk kali ni .